Fakta menarik mengenai Angkatan Laut Indonesia
Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Laut (TNI – AL) mempunyai lebih 40 ribu anggota. Jumlah asset kapal – kapal sedia adanya dianggarkan sekitar 117 buah kapal. Tetapi diyakini hanya separuh beroperasi dengan baik. [1]
Inventory kapal tentera Indonesia [2]
Frigate: 3 Kelas Fatahillah [3], 6 Kelas Ahmad Yani [4], 16 Kelas Parchim I dan II dan 3 Kelas Khristina Tiyahahu.
Korvet: 17Peronda: 4 Kelas Singa dan 4 Kelas Kakap
End Note
[1] Zakaria, Noor Hasyim. Armada Laut ASEAN, satu tinjauan ringkas. Perajurit. January 2003. p 6
[2] Ibid
[3] Dipercayaai diperolehi dari Claud Jones class, buatan US. Dibina pada tahun 1959 – 68. dijual kepada TNI – AL pada tahun 1973 – 74 dan dinamakan Samadikun, Martadinata, Mongishisidi dan Ngurah Rai. See: Miller, David. The Illustrated Directory of Warships from 1860 to the present day. London: Greenwich, 2004. p 474
[4] Bekas kapal dari kelas Van Speijk Belanda. Mempunyai kelengkapan dek helicopter dengan kelajuan 28.5 knot. See: Modern Warships. London: Wordsworth Editions, 1992. p 184
TNI – Pasukan Pemukul Reaksi Cepat (PPRC) KONSTRAD Indonesia
PPRC dibentuk oleh tiga battalion KONSTRAD iaitu:
Battalion 328 Cijantung
Battalion 305 Karawang
Battalion 330 Majalengka
Tugas PPRC ialah: merebut kawasan wilayah Indonesia yang telah ditawan musuh serta menghancurkannya sebelum bala bantuan dari unit – unit lain sampai. [1]
Further Reading
[1] Internet source: www.antara.co.id
Langkah – langkah jangka pendek pihak Malaysia dalam konflik ini
1. Segera memindahkan unit – unit tambahan ke kawasan konflik, bagi mengelakkan terlalu menonjol, satu latihan ketenteraan bersepadu perlu di adakan di sana sebagai smoke screen aktiviti sebenar.
2. Show Flag Force perlu digerakkan ke Tawau segera terdiri daripada element 10 Briged Para, Keris MBRL system, serta element – element dari RGK
- ini sebagai mengimbangi kekuatan Indonesia yang kini menggerakkan element marinnya serta element Rapid deployment dari KONSTRAD, serta MBRL dari jenis RM – 70 buatan Slovakia yang dimiliki unit marinnya. [1]
3. KD Jebat serta kapal – kapal dari kelas Laksemana perlu di gerakkan bagi mengimbang kekuatan Indonesia yang dilapurkan mempunyai:
a) 5 buah kapal perang, iaitu; KRI Nuku, KRI Wiranto, KRI KS Tubun, KRI Rencong dan KRI Tongkol. [2]
b) 2 buah pesawad peninjau jenis Nomad, 2 buah pesawat pengangkut Casa CN, sebuah heli Bolkow di KRI KS Tubun dan pesawat – pesawat peninjau Boeing 737, F – 16 serta Hawk 200 sebanyak 4 buah. [3]
End Note
[1] Internet source: www.jawapos.com dan www.riaupos.com dan www.kotadef.sk
[2] Internet source: www.jawapos.com
[3] Internet source: www.riaupos.com
Komentar konflik Malaysia – Indonesia
Secara peribadi, penulis merasakan pihak Indonesia akan berfikir dua kali untuk melancarkan konfrantasi dengan Negara Malaysia. Terdapat beberapa factor menyokong, pendapat itu, pertama; jarak yang agak jauh di antara satu wilayah dengan wilayah serta jaringan perhubungan yang terbatas membuatkan gerakan pengaturan dan pengoperasian tentera Indonesia agak terbatas. Untuk mengirim sejumlah angkatan tentera yang kuat, Jakarta memerlukan sejumlan pesawat pengangkut dan kapal pengangkut yang banyak, tidak dikira lagi dengan bekalan logistic dan alat ganti untuk senjata. Mengikut rekod, pihak Tentera Udara Indonesia mempunyai 24 buah pesawat pengangkut dari jenis CN – 235M, 7 buah dari jenis Fokker F 27 Mk. 400M, 10 buah dari jenis IPTN NC – 212 – 100, 18 sari jenis C – 130s Hercules dan 6 buah dari jenis C – 160P. [1] untuk Tentera Laut Indonesia pula, mereka memiliki 2 buah kapal pengangkut, 6 buah LST class – Teluk Semangka, 7 buah ex- US LST – 542, 1 class – Telok Ambonia LST dan 12 class – Frosch LST. [2] Keduanya, pihak Indonesia seboleh mungkin mengelakkan pertembungan dengan element – element Negara luar, kerana telah dimaklumi bahawa Malaysia mempunyai perjanjian pertahanan dengan empat Negara lain yang mengangotai Five Powers Defense Arrangements (FPDA) yang diwakili oleh Malaysia, Singapura, Britain, Australia dan New Zealand. Antara lain perjanjian FPDA mengatakan jika salah sebuah Negara yang menganggotainya diserang, maka Negara lain di bawah pakatan ini harus membantu Negara tersebut. Seorang penganalisa ketenteraa Indonesia, Andy Wijayanto menyatakan; Malaysia hanya perlu mengaktifkan perjanjian tersebut dan pihak Indonesia akan menghadapi satu kerjasama ketenteraan dari pihak Singapura, Australia, New Zealand dan Britain, yang mana mempunyai kekuatan tempur lebih andal dari Negara Indonesia. [3] Rakyat (Indonesia) pun harus memahami hal ini supaya tidak gelap mata mendesak perang dengan Malaysia, ujarnya lagi. [4]
End Note
[1] Aircraft & Aerospace: Asia – Pacific. 1998 Aviation Yearbook. P 15
[2] Ryan, Stephen L. Southern Asia Defense Forces Review. Part 1. Asian Defense Journal. January 1995. p 11
[3] Jika Berperang lawan Malaysia, Indonesia hadapi lima Negara. Internet : www.riaupos.com [4] Ibid
Data mengenai kapal – kapal perang Republik Indonesia
Untuk mengawal keselamatan hampir 13,500 buah pulau dan 54,716 km jajaran pantainya [1], Indonesia telah melengkapkan angkatan lautnya dengan sejumlah kapal perang yang agak moden dan baru. Diantaranya;
Samadikun – class frigate: Dulunya dikenali sebagai Claud Jones – class milik US Navy, pihak Indonesia membelinya pada tahun 1973 – 74 sebanyak empat buah. [2] kapal seberat 1450 ton dan 311.7 ft panjang serta dilengkapi dengan empat buah Fiat – Tosi diesels enjin dengan satu shaft dan berkelajuan maksima 25 knot. [3]
Ahmad Yani – class frigate: Dulunya dikenali sebagai Van Speijk – class milik tentera laut Belanda yang dibeli oleh Indonesia pada tahun 1986 dan 1988. [4] Menurut satu sumber, pihak Indonesia masih mengekalkan system anti – udara jenis Seacat tanpa mengubahnya ke system yang lebih canggih. [5] Pihak Indonesia juga telah memasang system LIOD electro – optical fire control dan SEWACO command and control system kepada kapal – kapal dari kelas Ahmad Yani. [6]
Fatahillah – class destroyer: Dulunya dikenali sebagai Tromp – class milik Tentera Laut Belanda. [7] Mempunyai berat 3,665 ton dan 138.3m panjang, kapal ini dilengkapi dengan 2 Rolls – Royce Olympus TM – 3B gas turbine yang membekalkan kelajuan sebnyak 28 knot. [8] Juga dilengkapi dengan dek helicopter.
Hajar Dewantara – class frigate: dulunya dikenali sebagai Split – class milik Tentera Laut Yugoslavia yang dibeli pada 1979 dan 1981. [9] Mempunyai berat 2,400 ton dan panjang 120m, kapal ini dilengkapi dengan Parsons geared steam – turbines yang menjana kelajuan 31.5 knots. [10] Menurut laporan, kapal ini telah dijadikan sebagai kapal latihan untuk tentera laut Indonesia. [11]
End Note
[1] Indonesia registers 4,000 islands. Asian Defense Journal. December 1994. p 83
[2] Miller, David. The Illustrated Directory of Warships from 1860 to the present day. London: Greenwich, 2004. p 474
[3] Ibid
[4] Preston, Antony. The Booming World of Fast Attack Craft, Corvettes and Frigates. Armada International. Issue 2/200. p 46
[5] Kadir, A Rauf. Pertahanan Udara di laut: Empat Tentera Laut Asean Berlumba. Perajurit. Jilid 2 No. 1, 1994. p 18
[6] Ryan, Stephen L. Southern Asia Defense Forces Review. Part 1. Asian Defense Journal. January 1995. p 11
[7] Modern Warships. London: Wordsworth Editions, 1992. p 120, see also: Miller, David. The Illustrated Directory of Warships from 1860 to the present day. London: Greenwich, 2004. p 358 – 359
[8] Ibid
[9] Preston, Antony. The Booming World of Fast Attack Craft, Corvettes and Frigates. Armada International. Issue 2/200. p 46
[10] Miller. P 406
[11] Ryan. P 11
No comments:
Post a Comment