Thursday, January 13, 2005

PERMODENAN ANGKATAN LAUT JEPUN

“Nobody in the world is as good at making decisions as the Japanese.”
- Peter Drucker

Fasa permodenan Angkatan laut Jepun bermula pada tahun 1868 dizaman pemerintahan Meiji. Pada ketika itu segala aspek pentadbiran Negara jepun mula mengalami proses permodenan seperti dalam bidang undang-undang, pelajaran, perkiraan calendar juga diubah, begitu juga system perbankan moden turut sama ditubuhkan. Dalam masa yang sama falsafah fukoku kyohei (Negara yang kaya bersama tentera yang kuat). Oleh itu beberapa orang pakar tentera laut dari Pasukan Tentera Laut DiRaja British (Royal Navy) telah diundang untuk menjadi penasihat untuk memajukan lagi armada tentera laut mereka. Iltizam untuk permodenan ini dirakamkan oleh Baron Hayashi, melalui kata beliau:
“If new warship are consider necessary we must, at any cost build them…”
Menjelang tahun 1890, Jepun menyedari bahawa kemungkinan peperangan antara mereka dengan China tidak mungkin dapat dielakkan. Ketika itu pihak China telah pun menempah dua buah kapal perang moden daripada Jerman. Pihak Jepun segera memesan dua buah kapal perang mereka daripada Negara Britain. Dua buah kapal tersebut, Fuji dan Yashima dipesan pada tahun 1893 dan siap empat tahun kemudian. Rekabentuk kapal tersebut ditiru dari Class Royal Sovereign, Royal Navy. Kesan dari peperangan mereka dengan China, pihak Tentera Laut DiRaja Jepun (Imperial Japanese Navy) telah melaksanakan satu dasar yang dikenali sebagai Ten-Year Naval Expansion Programme. (Program Pembesar Angkatan Laut untuk sepuluh tahun.) Program ini menggariskan keperluan sebanyak duah puluh tiga buah kapal pembinasa untuk IJN. Walau pun industri perkapalan di Jepun mula bergerak cergas tetapi masih tidak dapat memenuhi permintaan IJN itu, lalu pihak IJN telah memesan enam belas buah kapal pembinasa dari pihak Britain yang mana dikendalikan oleh firma Yarrow. Semantara enam lagi dibina oleh firma Thornycroft. Walaupun demikian dermaga-dermaga milik firma Jepun juga diberi peluang untuk membina kapal-kapal pembinasa dari kelas Harusame.

Further Reading
  1. Vitullo-Martin, J. & J.R Moskin. Executive’s Book of Quotations. New York: Oxford UP: 1994. Page 155
  2. Kennedy, Paul. The Rise & Fall of the Great Powers. London: FontanaPress: 1989. Page 266
  3. Miller, David. Warships: from 1860 to the Present. London: Greenwich Edition: 2001. Page 112

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...