For centuries before 1500 the world of Islam had been culturally and technologically ahead of Europe. Its cities were large, well-lit, and drained, and some of them possessed universities and libraries and stunning beautiful mosques, In mathematics, cartography, medicine, and many other aspects of science and industry - in mills, gun-casting, lighthouse, horse breeding - the Muslims had enjoyed a lead [1] … renungkan lah. Maka tercetus lah ilham hamba yang kurang cerdik ini tentang penubuhan Institut Kajian Sains Al-Quran (IKRAQ), yang fungsi utamanya mentelaah dan mengambil segala intipati sains dan teknologi dalam Al-Quran untuk diaplikasikan dalam kehidupan hari ini semoga ia akan mengembalikan semula kegemilangan Islam di mata dunia. Sebagai contoh, dalam surah Al-Baqarah ayat 164 [2]Allah swt telah berfirman yang maksudnya:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih berganti malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna pada manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) – nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sesungguhnya (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. [3]
Pada ayat di atas terdapat pelbagai ilmu pengetahuan yang menjadi intipati ayat tersebut bagi kita untuk memikirkanya, antaramya:
1. Ilmu kejadian siang dan malam
2. Ilmu pelayaran
3. Ilmu perdagangan menggunakan system perkapalan
4. Ilmu cuaca (hujan, angin, awan)
5. Ilmu tumbuh – tumbuhan di bumi
6. Ilmu tentang haiwan
Bayangkan lah dengan Cuma satu ayat sahaja, terdapat pelbagai ilmu di dalamnya sebagai sumber rujukan untuk umat Islam yang di bekalkan olah Allah melalui Rasulnya, Nabi Muhammad SAW. Jika kita semak lagi dalam Al-Quran pada surah Adz Dzariyaat ayat 1 – 3, Allah berfirman maksudnya:
Demi (angin) yang menerbkan debu dengan sekuat-kuatnya, dan awan yang mengandungi hujan dan kapal-kapal yang berlayar dengan mudah.
Dalam ayat ini pula beberapa pelajaran yang dapat kita kutip, antaranya:
1. Ilmu kesihatan, yang mana kita mengetahui bahawa debu-debu atau hama dan kuman boleh diterbangkan oleh angin (airborne).
2. Ilmu cuaca, yang mana system terjadinya hujan yang dibawa oleh awan.
3. Sistem perkapalan yang boleh bergerak menggunakan bantuan angin dan layar bagi memudahkan lagi pergerakan kapal tersebut.
Seharusnya umat Islam merupakan umat yang terdahulu menjadi pelayar dan saudagar pembinaan kapal (ship builder) dari bangsa-bangsa lain. Tetapi menurut Kennedy dalam bukunya The Rise and fall of the Great Power, in 1420, the Ming (China) navy was recorded as possessing 1,350 combat vessel, including 400 large floating fortress and 250 ships designed for long-range cruising. [4]
Sejarah silam juga membuktikan Islam boleh menjadi pelupor industri perkapalan, antaranya ;
Salahuddin (Al-Ayubbi) melihat Mesir adalah tempat yang sesuai untuk membina angkatan laut dan darat. Kerana itu beliau telah membina kapal-kapal perang dan armada perang yang besar. Sebuah dewan yang bertanggungjawab terhadap armada ini ditubuhkan. Dewan ini diberi nama "Dewan Armada" diserahkan urusannya kepada saudara nya sendiri Al-Adil. Iskandariyah dan Dimyat antara perlabuhan laut yang penting di Mesir. [5]
End Note
[1] Kennedy, Paul. The Rise and fall of the Great Power. London: Fontana Press, 1989, page 12
[2] Baiquni, Syawaqi and Azis R.A. Indeks Al-Quran. Kuala Lumpur: Pustaka Indonesia, 1996.
[3] Al-Quran
[4] Kennedy, Paul. The Rise and Fall of the Great Power. London: Fontana Press, 1989.
[5] Ulwan, A. Nasih. Pejuang Pembaharuan: Salahuddin Al-Ayubbi. Kuala Lumpur: Darul Numan, 1999.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)
October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...
-
1865-Apr. 14 . U.S. Pres. Abraham Lincoln shot by John Wilkes Booth, a well-known actor with Confederate sympathies, at Ford's Theater i...
-
Oleh: Encik Syakirin bin Syaari( Lecturer University Of Science & Technology, Sana'a Yemen ) Khalid ibn Zayd ibn kulayb dari Banu Na...
No comments:
Post a Comment