Pada hari sabtu 15 Jan aku dan keluarga berpeluang mengunjungi kawasan air panas Gersik Muar. Sesampai nya kami di sana dalam lingkungan jam 4.30 petang, orang telah ramai di sana. Ada ramai family yang berkelah di sini. Ada juga siswazah IPT sedang buat survey untuk tesisnya di sana. Sebenarnya aku baru dua kali ke sini. Secara amnya kawasan air panas ini OK dari segi kawasan letak kereta (sebab free), mempunyai kemudahan surau, bilik air, tempat persalinan, bilik mandi, wakaf - wakaf serta kawasan jualan. Tetapi dari segi penjagaannya, ianya kurang terjaga dan ada antaranya tidak terurus seperti bilik air, surau dan kawasan kolam air panas itu sendiri. Menyedari akan tiadanya yuran kemasukan (masuk free) mungkin menyumbang kapada situasi tersebut. Masalahnya jika di kenakan bayaran mungkin kawasan itu akan kurang pula pengunjung nya. Cuma sikap pengunjung tempat itu sahaja yang dapat merubah situasinya sekarang. Patutnya kita tahu bersyukur dan menjaga kebersihan dan kecantikan tempat itu kerana dapat masuk secara PERCUMA. entahlah...
Capaian lanjut
http://sejarahmuar.blogdrive.com/archive/5.html
No comments:
Post a Comment