Friday, March 30, 2007

SEBELUM dan SESUDAH Banjir - Seandainya Kita Sudah Terlupa


"Pertamanya marilah kita merenung sejenak tragedi yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini yang banyak memberikan keinsafan dan kesedaran jika kita ada secebis keimanan & keyakinan kepada Allah S.W.T. Keimanan ini walaupun sebesar biji sawi ia mampu menggerakkan hati yang mati untuk hidup kembali melihat kebesaran Allah yang Maha Agong berdepan dengan kita sebagai makhluknya yang terlalu kerdil.


Banjir di Johor! Ini adalah unggapan yang senantiasa bermain di bibir rakyat Malaysia khasnya rakyat Johor. Beberapa persoalan timbul mengenai fenomena bencana alam yang berlaku ini. Persoalan yang sering kali ditimbulkan ialah mengapa banjir boleh berlaku di Negeri Johor yang banyak parit & saliran ? Mengapa air yang turun masih tidak lagi surut ? Mengapa hari tak hujan dalam suasana panas terik tapi tiba-tiba boleh banjir? Kenapa bila air pasang besar, kawasan boleh jadi banjir, tapi bila dah surut , ada kawasan yang surut namun kawasan yang terkena banjir, air semakin naik? Hai pelik betul ! Tapi inilah perkara yang berlaku di Negeri Johor!


SOALNYA KENAPA & MENGAPA?

Bagi menjawab persoalan ini, kita boleh merujuk kepada sejarah dunia yang pernah diberitahu oleh Allah dalam Al-Quran. Mudah-mudahan Allah akan meluaskan rezeki kepada yang membaca tazkirah & risalah ini dan semuga Allah akan memudahkan segala urusan kita.Marilah kita bersama lapangkan dada kita & membuka fikiran kita untuk sama-sama kita memahami kisah yang telah Allah kisahkan kepada kita dalam Al-Quran.


KISAH DI DALAM AL-QURAN

Allah S.W telah berfirman dalam surah Al-An’am ayat 6:


Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?


Di dalam ayat di atas Allah mengarahkan kita agar melihat kepada kaum yang telah Allah musnahkan.Sebenarny a kalau kita melihat dalam Al-Quran banyak kaum telah musnahkan antaranya ialah kaum Nabi Nuh yang Allah musnahkan dengan banjir yang besar!. Mengapa Allah menurunkan bala kepada kaum tersebut ?


Allah binasakan mereka kerana mereka ingkar terhadap arahan Allah & Nabi Nuh...Firman Allah dalam Surah Hud ayat 32 :


Mereka berkata: "Wahai Nuh! Sesungguhnya engkau telah bertikam lidah membantah kami lalu engkau banyakkan sangat hujjah-hujjah semasamengemukakan bantahanmu kepada kami; oleh itu, datangkanlah azab Allah yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar".


Lalu dijawab oleh Nabi Nuh di dalam Surah Hud ayat 33 :


Nabi Nuh menjawab: "Sesungguhnya Allah jualah yang akan mendatangkan azabNya itu kepada kamu jika Ia kehendaki, dan kamu tidak sekali-kali akan dapat melemahkan kuasa Allah!


Kemudian Nabi Nuh menyambung lagi: Surah Hud ayat 34:


Dan tidak ada gunanya nasihatku kepada kamu, jika aku hendak menasihati kamu, kalau Allah hendak menyesatkan kamu (kerana kamu tetap berdegil); Dia lah Tuhan kamu dan kepadaNya kamu akan kembali".


Allah mengarahkan kepada Nabi Nuh untuk menghadapi banjir yang besar itu dengan firmanNya surah hud 37 :


Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan)".


Lalu Allah menerangkan kepada kita bagaimana Allah menurunkan azabnya surah hud ayat 40 :


(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: "Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya) , juga bawalah orang-orang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.


Dalam ayat di atas Allah menyatakan ada air yang keluar dari muka bumi....Mungkinkan tragedi banjir yang berlaku dalam negeri kita ini datang dari punca yang sama??? Sebab hujan tak turun tapi kenapa tiba-tiba boleh banjir?? Air datang dari mana ?? Kalau datang dari empangan kenapa air tidak meresap masuk ke bumi? Kenapa Air lambat surut? Air pasang besar dah surut tapi kenapa kawasan banjir masih tetap naik?


Lalu Allah menceritakan bagaimana air boleh surut setelah banjir tersebut menggelamkan kaum Nabi Nuh dengan firmannya surah Hud ayat 44 :


Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim".

Ayat di atas menunjukkan bagaimana Allah membinasakan kaum yeng terdahulu dengan sebab dosa-dosa mereka. Oleh yang demikian Allah jualah yang berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.Marilah kita kembali kepada Allah dengan melakukan segala perkara yang disuruh dan meninggalkan segala perkara yang dilarangSemuga Allah menyelamatkan kita daripada bencana yang menimpa kita. Jangan sekali-kali kita ingkar arahan Allah S.W.T


OLEH

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani

Tim.Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda

Pas Negeri Johor


No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...