Malaysia sekali lagi diasak dengan pembinaan pemikiran kritis apabila sebuah pertubuhan NGO Y4C (Youth for change) telah mengadakan satu kempen kesedaran bertema ‘anda mampu melakukan perubahan' pada 15 Julai yang lalu. Kempen selama sehari di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur itu menyaksikan pelbagai parti politik seperti MCA, DAP, Gerakan, PAS dan Keadilan Rakyat telah turut mengambil bahagian sebagai bukti perpaduan politik di Malaysia yang sebenar. Difahamkan parti Umno juga sepatutnya hadir tetapi telah menarik penyertaan mereka disaat akhir.
Sementara itu Ketua Penerangan PKR, Saudara Tian Chua ketika ditemui berkata, “Program seperti ini amat perlu dalam mendidik warga pemuda berfikir dan mampu memilih secara bebas tanpa kongkongan. Negara kita dilihat lebih mengamalkan politik tidak mesra warga pemuda.” tambah beliau lagi.
Pelbagai acara yang memfokus kepada keterbukaan minda peserta telah dipersembahkan dari pelbagai kaum seperti nyanyian, sketsa, persembahan badut serta dikir barat dari pasukan salam pantai timur, RTM. Turut memeriahkan acara dengan kehadiran Setiausaha PAS Kawasan Gombak, Saudara A. Yazid Alias dan Nurul Izzah (Srikandi PKR) bersama suaminya. - HB
No comments:
Post a Comment