Monday, April 09, 2007

PEPERANGAN AUSTERLITZ DEC 2, 1805

By Zaharin Abd Wahab

Peperangan Austerlitz berlaku pada 2 Disember, 1805 diantara Tentera Napoleon I dan pasukan tentera campuran antara Austria dan Russia. Pertempuran itu berlaku di perkampungan Austerlitz yang sekarang berada di dalam Negara Czech Republik.[1]

Menurut C A Leeds dalam bukunya European History 1789 – 1914. Peperangan tersebut berlaku setelah pasukan tentera Austria tewas ditangan Napoleon pada Pertempuran Ulm, 20 October 1805. Jeneral Russia ketika itu, Kutusov mencadangkan agar dilakukan satu gencatan senjata bagi mempersiapkan kembali angkatan tentera Prussia, tetapi cadangan itu ditolak oleh Alexander I, pemerintah Russia ketika itu dan berlakulah pertempuran Austerlitz dan pasukan mereka telah dapat ditewaskan oleh Tentera Napoleon I. [2]

Kesan dari kekalahan pihak Russia dan Austria, pemimpin Austria terpaksa menandatangani satu perjanjian damai dengan Napolean yang dikenali sebagai Treaty of Pressburg pada Dec 26, 1805. [3]

Akibat perjanjian tersebut, Austria telah kehilangan Venice kepada Itali, Tyrol kepada Bavaria sementara pemerintah Bavaria dan Wurttemberg dikenali sebagai Raja dan tidak terikat kepada takluk Empayar Austria. Negara Austria juga dikehendaki membayar denda sebanyak 40 juta franc kepada pihak Perancis. [4]

Menurut Prof. Eric Arnold, dari University of Denver, di dalam artikelnya di World Book 2002, Austria juga kehilangan wilayah Istria dan Dalmatia kepada Itali dan dengan itu, Empayar Holy Roman yang dipimpin oleh Francis II tumbang, dan dengan ini memudahkan lagi Napoleon untuk menakluk kawasan tengan Europe. [5]

Bibliography
[a] CD – ROM, World Book 2002
[b] Cobban, Alfred. A History of Modern France. Vol. II. Harmondsworth: Penguin
Books, 1972.
[c] Leeds, C.A. European History: 1789 – 1914. London: Macdonald & Evans Ltd.,
1971.
[d] Manfred, Prof. A.Z. A Short History of the World. Vol. I Trans. Katharine
Judelson. Moscow: Progress Publisher, 1974
[e] Palmer, A.W. A Dictionary of Modern History: 1789 – 1945. Harmondsworth:
Penguin Books, 1972.
[f] Thomson, David. European since Napoleon. Harmondsworth: Penguin Books,
1971


NOTA KAKI
[1] CD – ROM, World Book 2002
[2] Leeds, C.A. European History: 1789 – 1914. London: Macdonald & Evans Ltd., 1971. Hal 20 – 21
[3] Cobban, Alfred. A History of Modern France. Vol. II. Harmondsworth: Penguin Books, 1972. Hal 44. Lihat juga: Manfred, Prof. A.Z. A Short History of the World. Vol. I Trans. Katharine Judelson. Moscow: Progress Publisher, 1974. Hal 379
[4] Leeds, Op cit. hal 21, lihat juga: Thomson, David. European since Napoleon. Harmondsworth: Penguin Books, 1971. Hal 64 dan Palmer, A.W. A Dictionary of Modern History: 1789 – 1945. Harmondsworth: Penguin Books, 1972. Hal 36
[5] CD – ROM, World Book 2002

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...