Monday, April 02, 2007

Pelbagai acara warnai sambutan Maulidur Rasul PAS Gombak



KUALA LUMPUR, 31 Mac (Hrkh) – Dengan bersepandukkan 'Sunnah Rasulullah Ikutan Kami' PAS Gombak bersama lebih 200 peserta mengadakan perarakan Maulidur Rasul di persekitaran Pinggiran Batu Caves, Selangor, dekat sini, hari ini.


Perarakan tersebut yang turut dihadiri Yang Dipertua PAS Gombak, Dr Hatta Ramli dan beberapa pimpinan lain termasuk ketua penerangannya, Saari Sungib bermula dari Flat Cempaka, Kampung Wira Damai.

Sambil berselawat peserta berarak lebih kurang dua kilometer melalui beberapa kawasan perumahan sebelum menuju ke majlis maulid yang diadakan di padang awam Pinggiran Batu Caves.


Dr Hatta yang berucap di majlis berkenaan berkata, sambutan maulid diadakan bagi menunjukkan rasa cinta dan hormat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. yang diputerakan pada 12 tahun gajah.
“Sambutan pada hari ini sebagai menambah komitmen kita terhadap agama dan perjuangan yang diturunkan oleh Allah SWT melalui Junjungan Besar s.a.w.
“Jadi kita berhimpun pada pagi ini dengan mengadakan perarakan aman bagi mengajak umat Islam perteguhkan lagi komitmen terhadap agama kita,” katanya.
Katanya, tarikh 12 Rabiulawal memberi peringatan kepada semua bahawa ia tarikh lahir baginda dan katanya bermulalah era kehidupan Rasulullah sehingga akhirnya diangkat kepada Rasul yang bertujuan membawa rahmat kepada sekian alam ini.
Kedatangan Rasulullah s.a.w. katanya, untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Oleh itu katanya, bagi mengisi tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi, sambutan maulid juga adalah sebahagian daripada ikhtiar untuk menegakkan syiar dan peraturan Allah SWT.

“Kita berarak pada hari ini untuk mengingat kembali peristiwa kelahiran baginda.
“Bagaimanapun selepas ini kita kena kembali kepada norma-norma kehidupan baginda kerana kita tidak mahu menjadi orang yang hanya mengingat tarikh lahirnya saja.
“Yang penting ialah meneruskan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan bagi memakmurkan dunia ini serta menegakkan agama Allah,” katanya lagi.
Katanya, jangan jadi acara maulid sebagai pesta setahun sekali kerana beliau tidak mahu dilihat sebagai tidak lebih daripada retorik dan tontonan umum.
Ini katanya, ia sebenarnya sebahagian daripada usaha untuk menyedarkan umat manusia mengenai kehadiran agama Islam yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan.
Islam juga katanya merupakan sebuah pergerakan yang membawa perubahan dan kemajuan kepada umat manusia.

Namun katanya, kemajuan tidak akan wujud melainkan dengan ikhtiar dan usaha melalui perancangan tertib dan kesungguhan.
“Sebab itulah kita sebagai manusia diwajibkan beroganisasi bagi mencapai objektif tersebut kerana bergerak secara individual pastinya tidak akan dapat menyambungkan kekuatan yang ada pada seseorang.
Malah katanya, Rasulullah s.a.w. sendiri menggabungkan jemaahnya sehingga terbentuk sebuah negara Madinah.
Atas sebab itu juga katanya, PAS mengambil pengajaran itu untuk dilaksana dalam seluruh kehidupan umat Islam.
Sementara itu sambutan maulid tersebut turut diisikan dengan beberapa acara antaranya, pemeriksaan kesihatan, pertunjukkan silat, taekwando, dikir barat, persembahan nasyid dan semakan daftar pemilih pilihan raya


No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...