Masih belum boleh tidur lagi, perut masih kenyang lagi agaknya. Malam tadi Usrah UKJ di Bilik Gerakan Cawangan Klang Gate. Pergi ke sana tumpang Ammar. Tunggu Ammar di MTD H Klang.
Perancangan Usrah akan datang di Flet UTM pada 16 April 2007. berbicara tentang Usrah ni, teringat aku akan kata – kata al Ustaz Mustafa Masyhur yang dipetik oleh Abu Urwah dalam bukunya Risalah Usrah Jld. 1, antara tulisannya;
Usrah merupakan wasilah yang paling penting dalam usaha pembinaan jamaah. Dalam usrahlah dapat disempurnakan pembinaan individu muslim yang memiliki aqidah yang betul, ibadah yang sah, akhlaq yang kontan, pemikiran yang berilmu pengetahuan, tubuh badan yang gagah, urusan yang teratur, melatih menjaga waktu, bermanfaat untuk orang lain dan sentiasa mujahadah terhadap diri sendiri.[1]
Usrah secara tidak langsung mengajar kita berkerja secara berorganisasi atau tanzim, atau dengan kata lain secara teamworks. Fathi Yakan dalam bukunya Tasawwur Asasi Gerakan Islam amat tidak bersetuju dengan langkah sesetengah kita yang cuba menegakkan Islam dengan cara tidak berorganisasi (bertanzim, atau berjemaah), tulisnya;
Setiap kerja sekalipun kecil dan rendah tidak dapat dijamin kejayaannya sekiranya tidak diatur. Banyak tenaga yang hilang dan musnah tanpa tanzim (organisasi), sementara kerja yang sedikit tetapi tersusun telah menghasilkan kejayaan yang luar biasa. [2]
Balik dari usrah, minum ramai – ramai di Restoren depan MTD HK, makan kwee teau, tu yang tak boleh tidur lagi sampai sekarang kot. Mengah…
Kita renungkan kata – kata Ahmad Ibrahim Abu Sin dalam bukunya Pengurusan dalam Islam;
Pengurusan merupakan aspek yang paling penting dalam kepimpinan pengurusan. Malah ia merupakan langkah pentadbiran yang pertama. [3]
Nota kaki
[1] Abu Urwah. Risalah Usrah. Jld. 1. K Lumpur: Pustaka Salam, 1986. Passim
[2] Fathi Yakan. Tasawwur Asasi Gerakan Islam. Trans. Ustaz Ibrahim Embong. Selangor: Dewan Pustaka Fajar, 2004. Hal 6
[3] Ahmad Ibrahim Abu Sin. Pengurusan dalam Islam. Trans. A Rashid Ngah, and Jusoh Kadir. K Lumpur: DBP, 2002. Hal 111
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)
October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...
-
1865-Apr. 14 . U.S. Pres. Abraham Lincoln shot by John Wilkes Booth, a well-known actor with Confederate sympathies, at Ford's Theater i...
-
Oleh: Encik Syakirin bin Syaari( Lecturer University Of Science & Technology, Sana'a Yemen ) Khalid ibn Zayd ibn kulayb dari Banu Na...
1 comment:
Mari le berusrah
Post a Comment