1923
Kerajaan Uthmaniah yang terjebak di dalam Perang Dunia Pertama tidak mendapat faedah yang besar dari peperangan tersebut. Mustafa Kamal Attaturk[1] mengumpul kekuatan dan pengaruh untuk melancarkan pemberontakan dengan batuan tentera British. Republic Turki ditubuhkan.[2]
1925
Reza Khan mengasaskan Dinasti Pahlavi di Iran.
1928
Ikhwanul Muslimin [3] memulakan usaha mengembalikan Khilafa Islamiyyah.
1932
Saud secara rasmi mendirikan kerajaan yang diberi nama Arab Saudi.
1934
Perang antara Arab Saudi dengan Yaman yang dipimpin oleh Imam Yahya.
1939
Perang Dunia ke Dua bermula.
1945
Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu ditubuhkan secara rasmi dengan objektif menggalakan kerjasama antarabangsa dan mencapai keamanan dan keselamatan. [4]
1948
Pengisytiharan Israel sebagai sebuah Negara di atas bumi Palestine. Berlaku perang Arab – Israel pertama. Petikan sejarah Israel dari World Almanac 2004:
After 4 centuries of Ottoman rule, during which the population declined to a low of 350,000 (1785), the land was taken in 1917 by Britain, which pledged in the Balfour Declaration to support a Jewish national homeland there. In 1920 a British Palestine Mandate was recognized; in 1922 the land east of the Jordan was detached.
Jewish immigration, begun in the late 19th century, swelled in the 1930s with refugees from the Nazis; heavy Arab immigration from Syria and Lebanon also occurred. Arab opposition to Jewish immigration turned violent in 1920, 1921, 1929, and 1936. The UN General Assembly voted in 1947 to partition Palestine into an Arab and a Jewish state. Britain withdrew in May 1948.
Israel was declared an independent state May 14, 1948; the Arabs rejected partition. Egypt, Jordan, Syria, Lebanon, Iraq, and Saudi Arabia invaded, but failed to destroy the Jewish state, which gained territory. Separate armistices with the Arab nations were signed in 1949. [5]
1948 (samb.)
Oleh kerana pengaruhnya yang begitu hebat sehingga boleh mengirim askar berperang di Palestine, kerajaan secular Mesir diberi tekanan supaya mengharamkan Ikhwanul Muslimin.
1949
Pengasas Ikhwanul Muslimin, As Syahidd Hassan al Banna dibunuh. Petikan saat – saat pembunuhan Hassan al Banna yang dipetik dari buku bertajuk Pendakwah bukan Pelampau:
Hassan al Banna ditembak di tengah jalan raya di depan bangunan Persatuan Pemuda Islam. Tetapi beliau tidak mati dengan pelury – peluru itu. Dia dapat berjalan mencari telefon (awam) untuk mendapatkan ambulans dan membawanya ke Hospital Al Qasru Al Aini. Habis tersembur darah keluar dari hamba Allah itu, kerana dia dibiarkan kekeringan darah (atas perintah) – sejat – sampai titik terakhir. Menitiklah darah pemimpin Islam itu. Titik demi titik sampai nafasnya yang terakhir, dia mengadu kepada Tuhannya tentang kekejaman, kedayusan dan pengkhianatan. [6]
1954
Ikhwanul Muslimin diharamkan. Ramai Ikhwan yang terbunuh dan dipenjarakan.
1956
Maghribi dan Tunisia merdeka
1962
Algeria mendapat kemerdekaan
1968
Parti Ba’ath menguasai Iraq. Saddam Hussien kemudiannya dilantik sebagai pemerintah pada 16 July 1979 [7]
1969
Organization of the Islamic Conference (OIC) ditubuhkan di Rabat, Maghribi. Objektif utama OIC ialah untuk membebaskan Jerusalem dan Masjid al – Aqsa di Palestine dari pencerobohan Zionism.
1979
Revolusi Iran berlaku. Petikan World Almanac 2004 mengenai peristiwa itu:
Violent protests in 1978 eventually forced the shah to depart, Jan. 16, 1979. He appointed Prime Min. Shahpur Bakhtiar to head a regency council in his absence. Shiite leader Ayatollah Ruhollah Khomeini, exiled by the shah in 1963, returned to Tehran, Feb. 1, and by Feb. 11 pro-Khomeini forces had defeated gov. troops. Khomeini then established an Islamic theocracy. [8]
1980
Perang Iran – Iraq yan g mengorbankan ramai ummat islam selama 10 tahun. Menurut Ummu Talhah dalam artikelnya bertajuk Kronologi Ummat islam setelah kejatuhan Khilafah.
… perang Iran – Iraq pada tahun 1980. Ia sengaja dilaga – lagakan supaya Negara – Negara Islam sibuk dengan urusan sendiri sehingga tiada masa memikirkan permasalahan sejagat. [9]
1988
Intifadhah yang diberkati dilancarkan
1989
Dianggarkan seramai 115,000 askar Soviet berundur dari tanah Afghanistan setelah kehilangan 15,000 nyawa selepas 10 tahun.
1990 – 1991
Perang Teluk
SUMBER RUJUKAN
i. Ummu Talhah. Kronologi Ummat Islam setelah kejatuhan Khilafah. Dalam. Mihwar. Bil. 19
ii. The World Almanac & Book of Facts 2004. CD – ROM. Selectsoft Publishing
iii. Jarisyah, Dr. Ali. Pendakwah bukan Pelampau. Trans. Drs. Haji Abdul Rahman Ahmad. Selangor: Penerbitan Hizbi, 1985
iv. Pollard M. Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu. Trans. Md. Sharit Bharuddin. K Lumpur: DBP, 1995
v. al Aziz, Ahmadi. Detik Terakhir Kehidupan & Kepimpinan Kamal Ataturk. K Lumpur: Usnie Publisher, 2001
Footnotes
[1] Untuk mengenal Kamal Attaturk dengan lebih lanjut, sila baca buku: al Aziz, Ahmadi. Detik Terakhir Kehidupan & Kepimpinan Kamal Ataturk. K Lumpur: Usnie Publisher, 2001.
[2] Empat syarat – syarat perjanjian antara kamal Attaturk dengan Kerajaan British:
i. Turki harus menghapuskan Khilafah Islamiyyah serta mengusir khalifanya serta menyita semua harta kekayaannya.
ii. Turki harus berjanji untuk menghalangi setiap gerakan yang membela Kekhalifahan.
iii. Turki harus memutuskan hubungannya dengan dunia Islam.
iv. Turki harus menetapkan hukum secular sebagai pengganti hukum Daulat Uthmaniyyah yang bersumberkan Islam.
Perjanjian itu dimetrai pada 24 Julai 1923.
[3] Prinsip Ikhwanul Muslimin:
i. Allah tujuan kami
ii. Rasul pemimpin kami
iii. Al Quran undang – undang kami
iv. Jihad jalan kami
v. Syahid di jalan Allah cita – cita tertinggi kami
[4] Untuk bacaan lebih lanjut tentang Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu sila rujuk buku: Pollard M. Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu. Trans. Md. Sharit Bharuddin. K Lumpur: DBP, 1995.
[5] The World Almanac & Book of Facts 2004. CD – ROM. Selectsoft Publishing.
[6] Jarisyah, Dr. Ali. Pendakwah bukan Pelampau. Trans. Drs. Haji Abdul Rahman Ahmad. Selangor: Penerbitan Hizbi, 1985. pp64
[7] See: The World Almanac & Book of Facts 2004. CD – ROM. Selectsoft Publishing
[8] Ibid
[9] Ummu Talhah. Kronologi Ummat Islam setelah kejatuhan Khilafah. Dalam. Mihwar. Bil. 19. ms48
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)
October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...
-
1865-Apr. 14 . U.S. Pres. Abraham Lincoln shot by John Wilkes Booth, a well-known actor with Confederate sympathies, at Ford's Theater i...
-
Oleh: Encik Syakirin bin Syaari( Lecturer University Of Science & Technology, Sana'a Yemen ) Khalid ibn Zayd ibn kulayb dari Banu Na...
No comments:
Post a Comment