Tuesday, March 14, 2006

7 UJIAN UNTUK MENGENALPASTI BUAH – BUAHAN HUTAN YANG BOLEH DIMAKAN

1. UJIAN PERTAMA – Menghidu
Jika buah – buahan itu berbau seakan badam atau peach – JANGAN DIMAKAN kerana ditakuti mengandungi ASID PRUSSIC. Jika tiada apa – apa bau seperti itu, sambung dengan ujian kedua.

2. UJIAN KEDUA – Ujian Menggunakan Kulit
Picit sedikit buah – buahan tersebut sehingga mengeluarkan air dan sapukan airnya kepada permukaan kulit di antara siku dan ketiak (bahagian bawah). Jika kulit permukaan kulit menjadi merah dan gatal – JANGAN DIMAKAN buah – buahan tersebut. Jika tiada apa – apa tindak balas ke atas kulit, sambung dengan ujian ketiga

3. UJIAN KETIGA – Ujian Menggunakan Bibir
Letakkan sedikit bahagian buah yang diuji ke permukaan bibir. Tunggu sebentar jika ada tindakbalas seperti kegatalan di bibir, jika tiada, sambung dengan ujian keempat.

4. UJIAN KEEMPAT – Ujian Menggunakan Mulut
Letakkan sedikit bahagian buah tadi di penjuru dalam mulut. Tunggu sebentar jika ada berlaku tindakbalas, jika tiada, sambung ke ujian kelima

5. UJIAN KELIMA – Ujian Menggunakan Lidah
Letakkan sedikit bahagian buah tersebut di hujung lidah dan tunggu sebentar untuk menentukan tiada kesan tindak balas. Jika tiada, kunyah buah tersebut perlahan – lahan TETAPI JANGAN DITELAN. Semasa mengunyah sila perhatikan jika ada rasa seperti PAHIT (MENANDAKAN ADA RACUN DARI BENTUK ALKALI) atau rasa kegatalan atau kesan – kesan yang merengsakan. Jika ada JANGAN DIMAKAN buah – buahan tersebut. Jika tiada, sambung dengan ujian keenam.

6. UJIAN KEENAM – Menelan
Telan sedikit buah yang diuji dan tunggu sehingga EMPAT jam bagi memastikan keselamatannya. Dalam masa itu perhatikan lima tanda – tanda ini:
i. sebarang rasa kebas, gatal pada mulut lidah dan tekak.
ii. Sendawa yang berpanjangan.
iii. Kesakitan pada perut atau cirit – birit.
iv. Pedih perut atau tanda – tanda yang tidak menyenangkan pada perut.
v. Rasa mencengkam pada abdomen bawah perut.

Dinasihatkan dalam masa empat jam ini, tidak boleh makan dan minum bagi keputusan yang tepat. Jika tiada kelima – lima tanda tadi, teruskan dengan ujian terakhir.

7. UJIAN KETUJUH - Memakan sedikit buah – buah tersebut.


PERINGATAN

A. Jangan melangkau atau meninggalkan satu ujian, mesti lakukan semunya dengan tertib.
B. Jangan menganggap semua buah yang dimakan burung atau haiwan lain boleh dimakan manusia.
C. Jika ragu – ragu, jangan makan buah –buahan tersebut
D. Kita boleh makan apa yang dimakan oleh monyet.


SUMBER: Bahagian Turus Tentera Darat, Kem. Pertahanan. Combat Survival. K Lumpur: Bahagian Turus Tentera Darat, Kem. Pertahanan, July, 1981. Pp12 - 15

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...