Penulis bukan ingin menjadikan perkataan di atas sebagai alasan tidak lama mencoret sesuatu di blog ini. Tetapi secara langsung atau tidak langsung, ianya memang menjadi satu faktor penyebab blog ini sudah lama tidak diisi. Satu lagi faktor, ialah faktor dalaman iaitu MALAS.
Sejak jadi wakil rakyat ni, ayah Izzatul ni sibuk je memanjang gurau isteriku kepada anakku yang berusia setahun setengah.
Aku bukannya wakil rakyat... cuma terasa amanah dan walak pemimpin itu terkadang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Beban kerja rasmi pun semakin banyak, serta di malam hari pula terkadang aku tidak dapat lari dari beberapa urusan yang terpaksa ku bereskan sehingga larut malam.
Cuma kusedar ketika balik malam tadi, sudah hampir dua malam aku tidak dapat menidurkan Izzatul di sebelahku. Kesian dia, terasa rindu pula untuk melihat keletah dia sebelum masuk tidur yang suka mengusap - usap lengan ku dan ibunya.
Maaf kan ayah...
Mungkin malam ini Allah perkenankan hajat ayah untuk kembali melayan kerenahmu untuk masuk tidur anakku. Zah, maafkan abang kalau semenjak dua menjak ini, abang terlalu sibuk dengan urusan organisasi yang baru abang ceburi.
Akhir kalam, izinkan abang mencoret kata - kata as - Syahid Ahmad Azam kepada isterinya...
Wahai isteriku...
Lazimilah sifat zuhud, nescaya engkau akan dikasihi Allah dan berzuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia nescaya engkau akan dikasihi Allah. KetahuilahAl-quran adalah bekalan yang paling berharga serta panduan sepanjang hayat. Seterusnya beribadatlah diwaktu malam (qiamullail) dan berpuasa serta beristighfar dan bertaubat di waktu dinihari akan mendatangkan kejernihan pada hati dan kemanisan serta hubungan yang baik dalam beribadah.
Akhir sekali, aku sangat-sangat berharap agar Allah menemukan kita di Syurga firdaus seperti mana Dia menemukan kita di dunia.
No comments:
Post a Comment