Tuesday, February 28, 2006

Minyak Naik Lagi

Harga minyak naik 30sen
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), masing-masing naik 30 sen seliter dan sekilogram, berkuat kuasa hari ini.Walaupun kerajaan menaikkan harga bahan api itu di negara ini masih lagi murah berbanding kebanyakan harga barangan itu di negara Asean kecuali Brunei(1).“Dalam usaha kerajaan untuk menangani impak kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia serta membendung pertambahan subsidi yang perlu ditanggung, kerajaan memutuskan untuk menaikkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 30 sen seliter serta harga runcit LPG sebanyak 30 sen sekilogram berkuat kuasa 28 Februari.“Kerajaan memberi jaminan bahawa harga runcit barangan petroleum ini tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini,”(2) kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang dikeluarkan malam tadi.Berikutan pengumuman itu, harga baru seliter petrol RON 97, petrol RON 92 dan diesel bagi Semenanjung masing-masing kepada RM1.92, RM1.88 dan RM1.58.1, berbanding harga pada 1 Februari iaitu RM1.62, RM1.58 dan RM1.28.1. Harga baru petrol di Sabah, masing-masing RM1.90, RM1.88 dan diesel RM1.58.4, manakala di Sarawak masing-masing kepada RM1.91, RM1.88 dan RM1.57.8 Harga baru LPG bagi Semenanjung ialah RM1.75 berbanding RM1.45 sebelum ini, manakala Sabah dan Sarawak pula RM1.83 berbanding harga lama RM1.53.Kali terakhir kerajaan menaikkan harga runcit barangan petroleum ialah pada 31 Julai 2005 iaitu petrol sebanyak 10 sen seliter, diesel sebanyak 20 sen seliter dan LPG sebanyak 5 sen sekilogram.Menurut kenyataan itu, harga runcit barangan petroleum ini dinaikkan kali ini kerana pada 2005 jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan ialah RM 7.41 bilion, manakala pengecualian cukai pula berjumlah RM7.85 bilion.Kenyataan itu juga menyebut, beban tanggungan subsidi dan pengecualian cukai bagi tempoh Januarihingga Februari 2006, masing-masing sebanyak RM1.19 bilion dan RM 1.44 bilion.Jika tanpa subsidi dan pengecualian cukai oleh kerajaan, harga runcit RON97, RON92, diesel bagi Semenanjung pada Mac 2006 sepatutnya RM2.46, RM2.37 dan RM1.98 seliter, harga Sabah RM2.45, RM2.37 dan RM1.97 serta harga Sarawak RM2.45, RM2.36 dan RM1.97 seliter, kata kenyataan itu.Harga LPG bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak pula masing-masing RM3.21, RM3.35 dan RM3.34 sekilogram.Selain itu, kenyataan itu menyebut, kerajaan turut memperkenalkan Sistem Pemberian Diesel Bersubsidi kepada 84 peratus kenderaan yang menggunakan diesel dalam sektor pengangkutan darat yang terdiri daripada pengusaha pengangkutan awam dan perkhidmatan barangan pengguna melalui penggunaan `fleetcard’.“Melalui penggunaan kad ini, mereka boleh membeli diesel bersubsidi di stesen minyak dengan harga 15 sen lebih rendah daripada harga yang ditetapkan.“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sudah pun mengeluarkan surat memaklumkan perkara ini kepada pengusaha yang layak,” katanya.Kenyataan itu berkata, penjimatan kewangan yang dibuat melalui kenaikan harga baranganpetroleum kali ini akan digunakan untuk membiayai projek pembangunan dan mempertingkatkan sistem pengangkutan awam untuk kepentingan rakyat keseluruhannya.
Note
(1) Pasal apa lebih tinggi dari Brunei sedangkan kita dan Brunei sama - sama mengeksport minyak dan dikurnia kan Allah swt dengan sumber minyak dan gas.
(2) Mudah - mudahan ianya menjadi kenyataan.
DIPETIK DARI

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...