Monday, January 16, 2006

Cadangan kepada PAS

OLEH: Amirruddin Bin Ahmad

Assalamualaikum, Saudara Pengarang,

PAS telah melalui berbagai jenis rintangan dan pahit getir dalam Memperjuangkan Islam di Malaysia , PAS merupakan Wadah Perjuamgan Umat Islam yang Beriman, PAS menjadi Jemaah Umat Islam Yang Beriman dan Cintakan Islam BerJihad secara lembut (Dengan Berpolitik), PAS mendapat berbagai tekanan dan halangan daripada Musuh-musuh Islam terutama Kaum Islam Munafik dan Fasiq, Rahmat di sebalik kewujudan PAS ialah tanpa di sedari PAS telah berjaya mengumpul begitu banyak sekali Umat Islam yang Beriman dan Cintakan Islam

PAS secara tidak langsung menjadi Satu badan Dakwah yang terbesar dan paling berpengaruh di dalam Malaysia ini, Kekuatan PAS bermakna Kekuatan Umat Islam Yang Beriman, PAS menjadi tempat Umat Islam bernaung dan Berjuang , memandangkan keadaan Umat Islam yang semakin bertambah lemah dan hebat di serang dan di kalahkan oleh Musuh-musuh Islam, Para Pemimpin dan Penyokong PAS perlu mengatur lebih banyak strategi-strategi bagi Menyelamatkan Umat Islam

Selain Politik PAS boleh mempelbagaikan aktiviti-aktiviti dan program-program bagi menambah Kekuatan Umat Islam Yang Beriman seterusnya Mengembalikan Kemuliaan dan Kesucian Agama Islam, Antara Program-program tersebut ialah:-

Menggabung serta Menyatukan Para Ulama-ulama Yang Beriman dan BerTaqwa Menubuhkan Sistem Ekonomi Islam

MENYATUKAN DAN MENGGABUNGKAN ULAMA YANG BERIMAN DAN BERTAQWA (ULAMA YANG SEBENAR)

Berdasarkan Kitab Suci Al Quran Surah Hud Ayat 119 , Umat Islam yang Beriman perlu Bersatu di bawah satu Perjuangan (Bersatu di dalam Agama ALLAH SWT), Begitu juga panduan daripada Sunnah Rasullullah SAW, Baginda Rasullullah SAW telah Berusaha sedaya upaya dan berjaya Menyatukan Umat Islam yang Beriman dibawah satu Ummah, Umat Islam yang Beriman perlu Bersatu dan mewujudkan Perpaduan di kalangan Kita (Umat Islam Yang Beriman) barulah Islam dapat di pertahankan dan di Perjuangkan , Kitab Suci Al Quran di dalam Surah Al Anfal Ayat 37 menerangkan sebab mengapa Umat Islam Yang Beriman perlu bersatu , kerana dengan bersatu Padu Umat Islam dapat membezakan antara yang jahat (Umat Islam yang Munafik dan Fasik) dan Umat Islam Yang Beriman , Cara untuk Bersatu sebagaimana yang di tunjukkan oleh Kitab Suci Al Quran didalam Surah Al Ahzab Ayat 18, iaitu Umat Islam yang Beriman tidak boleh bersatu dengan Umat Islam yang Munafik dan Fasik, Kitab Suci Al Quran juga telah memberi Amaran kepadaUmat Islam Yang Beriman supaya tidak Berkawan dengan Musuh Islam di dalam Surah Al Imraan Ayat 28, An Nisaa Ayat 89, 139 dan 144 dan Surah Al Maidah Ayat 51, 80 dan 81 , Jadi adalah Penting pada masa sekarang Kita(Umat Islam Yang Beriman) menyusun kembali Strategi-strategi agar bertepatan dengan Kitab Suci Al Quran dan Sunnah

Dalam Menyatu-padukan Umat Islam Yang Beriman , Terlebih dahulu Para-para Ulama Yang Beriman dan Bertaqwa perlu di satukan terlebih dahulu, Tumpuan perlu di berikan kepada Penyatuan Para Ulama Yang Sebenar(Yang Beriman dan Bertaqwa) , Peranan Ulama didalam Islam amat penting , Ulama menjadi tempat rujukan Umat Islam yang BerIman , Ulama juga sebagai seorang pengajar , yang mengajar ilmu dunia dan akhirat bagi menyelamatkan Umat Islam dari kesengsaraan di dunia dan di akhirat, bersesuaian dengan maksud Hadis Nabi SAW “Ulama adalah pewaris Nabi”, Sebagaimana dahulu Rasullullah SAW menjadi tempat rujukan Dan Rasullullah SAW juga sebagai tempat Umat Islam menimba Ilmu malah Rasullullah SAW menjadi tempat mengadu sebarang masaalah, Setelah Wafatnya Nabi SAW maka Ulamalah menjadi tempat rujukan dan belajar, sebab itulah Umat Islam yang berIman menggelar Ulama sebagai “Tok Guru” atau “Tuan Guru”, Ulama adalah bijak pandai didalam Agama Islam, didalam agama lain(musyrikin) digelarsebagai paderi(kristian) , rabbi(yahudi) dan sami(majusi), malang sekali pada masa kini terdapat begitu banyak ulama-ulamak munafik dan fasik yang telah merosakkan Umat Islam dengan begitu dahsyat sekali, Fitnah telah memainkan peranan yang penting dalam hal ini, Ulama-ulama Islam yang sebenar (Yang BerIman) telah difitnah dengan hebat , manakala ulama-ulama fasik dan munafik mengaut keuntungan dunia yang lumayan, walaupun Umat Islam yang berIman dapat membezakan Ulama yang sebenar(Yang berIman) dan Ulama palsu (Munafik dan fasik) tetapi begitu ramai orang islam yang terpengaruh dengan ulama munafik dan fasik ini, Kitab Suci Al Quran menerangkan didalam Surah Al Maidah Ayat 44 (tentang golongan ulama fasik dan munafik yang menjual agama dengan keuntungan dunia yang sedikit)

Oleh itu Ulama Yang Beriman dan Bertaqwa perlu Bergabung dan Bersatu, Ulama yang Bergabung(Bersatu) akan menambahkan Kekuatan Umat Islam Yang Beriman, Adalah terlalu penting kepada Semua Ulama Yang Beriman Bersatu dan Bergabung, Keadaan Umat Islam yang berpecah belah dan kucar kacir zaman ini di sebabkan oleh tiada petunjuk daripada Gabungan Ulama yang Beriman dan Bertaqwa, Ulama zaman kini yang berpecah belah dan tidak bersepakat telah menyebabkan Umat Islam lemah dan tidak bermaya, Kekalahan Umat Islam Yang Beriman juga di sebabkan kekurangan Ulama Yang Beriman dan Bertaqwa selain dari tiada kesepakatan di kalangan Ulama-ulama Yang Beriman dan Bertaqwa, Musuh-musuh Islam telah mengambil kesempatan atas perpecahan di kalangan Ulama Yang Beriman dan Bertaqwa ini, Musuh-musuh Islam telah berjaya menyemaikan semangat Anti Ulama di kalangan Umat islam dan Musuh-musuh Islam juga telah berjaya “melahirkan” begitu ramai Ulama-ulama Fasik dan Munafik termasuklah “ulama” Wanita, Jelassekali kelemahan dan kegawatan Umat Islam sekarang berpunca daripada Ulama-ulama Fasiq dan Munafik yang banyak merosakkan Kebenaran Islam dengan Fitnah-fitnah mereka(Ulama fasiq dan Munafik), Oleh itu Ulama-ulama yang Beriman dan Bertaqwa perlu Bersatu dan Bergabung tenaga dan minda menentang Ulama-ulama Fasiq dan Munafik ini

Ulama Ulama Yang Beriman dan Bertaqwa, Ulama juga perlu mengaktifkan Cara Persahabatan Islam sesama Ulama, Sepertimana Zaman Rasullullah SAW dahulu, Ulama (Yang Sebenar) perlu Bersahabat sesama Ulama (Yang Sebenar) walaupun terdapat perselisihan bagi memperkukuhkan kekuatan Gabungan Ulama Yang Beriman dan Bertaqwa, Ulama Yang Beriman dan Bertaqwa menjadi contoh kepada setiap Umat Islam yang Beriman, Ulama Perlu Memperkukuhkan dan Memperkuatkan Islam dan Umat Islam supaya dapat menahan serangan dari musuh-musuh Islam, dan Institusi Ulama akan kembali berkembang dan bebas dari segala fitnah, Kepandaian dan kebijaksaan Ulama Yang Beriman dan bertaqwa di perlukan oleh Umat Islam untuk Memajukan Islam, Adalah hampir mustahil kepada Umat Islam yang “biasa” (Bukan Ulama) dapat Memajukan Islam dan Menjulang Kedaulatan Islam, Sejarah telah membuktikan Perjuangan Ulama “berseorangan” akan menyebabkan beliau(Ulama) lebih cepat di jatuhkan malah ada yang di bunuh, Seperti di Iraq dan Di Indonesia (Sheikh Abu Bakar Bashir)

Bagi menyatukan Para Ulama Yang Beriman dan BerTaqwa, Dewan Ulama PAS boleh bertindak sebagai Satu Badan Bertindak yang akan Menyatukan dan Mengabungkan Semua Ulama Yang Beriman dan Bertaqwa, Dewan Ulama PAS akan mengesan dan mengenalpasti Ulama-ulama Yang Beriman dan Bertaqwa seterusnya mengumpulkan kesemua ulama Yang Beriman dan bertaqwa di bawah Satu Jamaah, Bagi memudahkan perlaksaan ini , Tugas-tugas ini dapat di lakukan oleh Anak Murid atau pelajar Ulama-ulama yang sedia ada, Dewan Ulama PAS mempunyai Ramai Ulama-ulama Yang Beriman dan Bertaqwa serta berkebolehan untuk mengesan dan mengenalpati Ulama yang sebenar (Yang Beriman dan Bertaqwa), Maklumat-maklumat mengenai Ulama-ulama Yang Beriman dan Bertaqwa ini perlu di kumpul dan di satukan bagi memudahkan Para Ulama Yang Beriman dan Bertaqwa ini, Gabungan Ulama Yang Beriman dan Bertaqwa ini juga dapat mengesan seterusnya mengawal dan memantau “pergerakan ulama-ulama Fasiq dan Munafik”, Hanya Ulama yang Beriman dan Bertaqwasahaja akan di benarkan Menganggotai jemaah Ulama Yang Beriman dan bertaqwa ini, Kepada ulama yang tak bertaqwa iaitu penakut kepada manusia dan takut hilang harta dan takut mati mesti di haramkan daripada Menganggotai gabungan Ulama Yang Beriman dan Bertaqwa ini

Dengan Menggabung dan Menyatukan Para Ulama Yang Beriman dan Bertaqwa Pergerakan dan Perjuangan Umat Islam Yang Beriman dapat di bentuk kembali di bawah Seliaan Para Ulama (Yang Sebenar), Gabungan Para Ulama(Yang Sebenar) sudah semestinya dapat mengumpul dan menyatukan Umat Islam Yang Beriman dan Bertaqwa terutama dari kalangan Murid-murid dan pengikut Mereka(Ulama Yang Sebenar) Gerakan Para ulama(Yang Sebenar) akan dapat Menyusun dan Mengatur serta Merancang Semua Pergerakan Umat Islam, Para Ulama Mutafsiirin dan Ulama Muhaddisin akan dapat mengkaji Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW dengan lebih berkesan, Sudah semestinya akan terdapat sedikit perselisihan di kalangan Para Ulama tetapi perselisihan yang mendapat keuntungan di Pihak Islam Yang Beriman dan Bertaqwa

Umat Islam Yang Beriman dan Bertaqwa sudah pasti akan berasa selesa bekerja di bawah Ulama dan di Pimpin oleh Ulama , Gabungan Para Ulama Yang Beriman dan Bertaqwa ini dapat Merangka, Mengatur, Mengawasi, Memantau dan Mengarah Umat Islam Yang Beriman dan Bertaqwa, Gabungan Para Ulama Yang Beriman dan Bertaqwa( Ulama Yang Sebenar) juga akan dapat melemahkan seterunya iaitu ulama-ulama fasiq dan Munafik dan menghapuskan ulama-ulama Fasiq dan Munafik yang menjadi MUSUH di dalam Islam, Melalui Gabungan Ulama (Yang Sebenar) ini juga, berbagai teknologi canggih dan Moden serta Ilmu-ilmu yang Hebat dapat di hasilkan daripada Pengkajian Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW oleh Pakar (Ulama)

Umat Islam tidak akan bersatu selagi Para Ulama (Yang Sebenar) tidak Bersatu, Masaalah yang menimpa Masyarakat Islam sekarang ialah Jahil atau Bodoh disebabkan tidak mahu mengikut Arahan Ulama(Yang Sebenar) dan anti-Ulama(Yang Sebenar) malah terdapat segelintir Umat Islam yang tidak mahu belajar langsung Agama Islam, masaalah ini menjadi semakin parah sehingga banyak Umat Islam tidak mahu mengikut Kehendak Islam atau Kehendak ALLAH SWT (Perintah ALLAH SWT) seperti Undang-undang Islam dan Mengamalkan Kehidupan secara Islam, Ulama-ulama Fasiq dan Munafik semakin hebat memesongkan dan merosakkan Akidah Umat Islam sehinggakan Ramai Umat Islam ini sekarang bergantung kepada Ulama-ulama Fasiq dan Munafik, Umat Islam yang jahil mudah terpedaya dengan Sijil atau ijazah atau Phd Para Ulama Fasiq dan Munafik hingga akhirnya mereka (Umat Islam Jahil) akan menjadi Bingung dan tidak yakin dengan Islam yang sebenar, Kita dapat lihat dengan jelas bagaimana Umat Islam yang Jahil dan kurang Iman diperbodohkan dengan begitu mudah oleh Astora Jabat dan Ayah Pin serta lain-lain Ajaran Sesat yang banyak Di Malaysia, Majlis Agama Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana kurangnya ilmu dan tidak berada di bawah Pimpinan Ulama(Yang Sebenar), dalam ertikata lain kita dapat lihat dengan jelas bagaimana bodohnya Umat Islam zaman ini yang menganggap Astora Jabat dan Ayah Pin serta beberapa orang Wanita sebagai “Ulama”

Budaya bodoh menganggap Orang Fasiq dan Munafik sebagai “Ulama” ini semakin berkembang pesat, Budaya ini telah mencemarkan Kesucian dan Kemulian Islam, Adalah terlalu Dayus untuk mengambil Wanita sebagai “Ulama” di dalam Islam, Musuh Islam sekarang telah menggunakan cara Gerakan Musailamah Al Kazab untuk menjatuhkan Islam, Musuh Islam juga menggunakan Kaedah Munafik-munafik dahulu untuk merosak dan memecahbelahkan Islam, kaedah Munafik seperti Muktazilah dan Jabariah sekarang telah di jadikan senjata oleh Musuh Islam sehingga lahirnya berbagai jenis “mazhab” seperti Wahabi dan Hadhari , lebih membimbangkan ialah kaum Munafik dan Fasiq zaman sekarang sanggup menyeksa dan membunuh Umat Islam tak kira samaada Umat islam yang Beriman atau tidak , Kaum Fasiq dan Munafik sanggup berkawan dan bekerjasama dengan Musyrikin Kafir, Kaum kafir ini (Musysikin, Munafik dan fasiq) akan bersama membunuh dan memusnahkan Islam

Para Ulama (Yang Sebenar) perlu Bangun dan Berusaha keras Menyelamatkan Islam, Ulama-ulama yang Bersatu perlu memberi Semangat kepada Umat Islam yang Beriman dan Bertaqwa dan Ulama-ulama perlu sekurang-kurangnya Berjuang Menentang Fitnah yang telah banyak memusnahkan dan melemahkan Islam pada masa kini, Pusat-pusat Pengajian Islam (Yang Beriman dan Bertaqwa) perlu menggiatkan lagi usaha Mengkaji Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW bagi menerbitkan Teknologi-teknologi Islam yang lebih hebat daripada yang ada sekarang, Alat-alat dan teknologi-teknologi berasaskan Panduan daripada Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW perlu di hasilkan, Alatan-alatan dan senjata Perang serta kajian mengenai Sumber tenaga dan kenderaan dapat di hasilkan jika Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW di kaji oleh “Pakar” iaitu Para Ulama, Gabungan Para Ulama juga perlu mengesan dan mengenalpasti Para Wali ALLAH SWT dan Para Ulama yang “Kasyhaf” ini akan memudahkan Perjuangan Islam dimana Doa dan Ilmu,Ulama-ulama (Yang Sebenar) juga boleh menyiasat dan memantau ulama-ulama Fasiq dan Munafik bagi menghalang ancaman ulama-ulama jahat (Fasiq dan Munafik) terhadap Umat Islam yang Beriman , Strategi-strategi PERANG perlu di terapkan

Gabungan Para Ulama(Yang Sebenar) Yang Bersatu perlu bertindak cepat dan pantas kerana pada masa kini semakin ramai Umat Islam yang lari meninggalkan Islam sehingga Umat Islam pada masa kini hanya tinggal nama sahaja sebagaimana maksud Hadis Nabi SAW:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".
(H.R al-Baihaqi )

Hadis Nabi SAW di atas benar-benar telah terjadi pada masa sekarang, Fitnah pada masa kini datang daripada ulama-ulama Fasiq dan Munafik, Umat Islam telah tinggal nama sebab terpedaya dengan fitnah-fitnah yang di buat oleh Musuh-musuh Islam terutama ulama Fasiq dan Munafik, Banyak perkara haram telah di halalkan oleh ulama fasiq dan munafik dan banyak perkara halal telah di haramkan oleh ulama-ulama fasiq dan munafik sehingga menjadikan Umat islam kebanyakkannya bingung dengan keadaan ini, sebagai contoh pada masa kini ulama-ulama fasiq dan munafik telah Menambah satu rukun di dalam Rukun Nikah iaitu Wajib Berkursus, Di mana semua Umat Islam yang mahu berkahwin Wajib berkursus dahulu (Kursus Pra Perkahwinan), di samping itu ulama-ulama fasiq dan munafik juga mengaut keuntungan yang banyak daripada hukum yang baru di wujudkan mereka ini iaitu setiap peserta kursus di kenakan bayaran sekurang-kurangnya Rm 70, ulama-ulama fasiq dan munafik juga mengaut keuntungan melalui buku-bukuyang mereka jual serta ceramah-ceramah agama yang mereka sertai, paling penting pada masa sekarang ialah islam hadhari di di cipta dan di reka oleh ulama-ulama fasiq dan munafik ini, amat membahayakan Akidah dan Iman Umat Islam pada masa akan datang kerana islam hadhari ini jelas bertentangan dengan Islam Yang Sebenar, Amat nyata sekali ulama-ulama fasiq dan munafik telah berjaya Membunuh Semangat Jihad di kalangan Umat Islam, Gabungan Ulama(Yang Sebenar) juga dapat mengesan dan menghapuskan Ajaran-ajaran Sesat yang menjadi semakin banyak ini

Banyak lagi yang boleh di perjelaskan berdasarkan Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW sememangnya “Pakar” iaitu Ulama Yang Beriman dan Bertakwa (Yang Sebenar) lebih mengetahui dan memahami daripada saya sendiri, Harapan yang terlalu Besar untuk melihat Para Ulama (Yang Sebenar) bangun dan memimpin Umat Islam yang Beriman dan Bertaqwa Berjihad Mempertahan dan Memperjuangkan Islam, Saya sanggup berkhidmat untuk Tuan-tuan Guru (Para Ulama Yang Sebenar) yang saya Hormati lagi di Muliakan Kerana ALLAH SWT


MENUBUHKAN SISTEM EKONOMI ISLAM

Sistem ekonomi Islam yang saya maksudkan di sini adalah buah fikiran saya sahaja, Terpulanglah kepada Semua Para Ulama(Yang Sebenar) untuk menentukan dan menjalankannya, kerana Ulama (Yang Sebenar) adalah lebih Pakar dan lebih bijak

Memandangkan Ekonomi Umat Islam sekarang hampir musnah sama sekali, Kita (Umat Islam) perlu menubuhkan kembali sistem Ekonomi Islam Berdasarkan Kitab Suci Al Quran dan Sunnah Rasullullah SAW, Berdasarkan Kitab Suci Al Quran Surah Al Anfal Ayat 7 dan Sejarah Islam, Rasullullah SAW telah menubuhkan 2 Angkatan iaitu Angkatan Perang dan Angkatan Niaga, Perniagaan juga menjadi salah satu Sunnah Rasullullah SAW, Kita (Umat Islam) boleh “meniru” Corak Pentabiran dan Pengurusan Rasullullah SAW setelah Berhijrah Ke Madinah, Cara Rasullullah SAW terbukti amat berkesan,

Ekonomi dunia sekarang di kawal dan di kuasai oleh musuh Islam, Keseluruhan Umat Islam Yang Beriman dan Bertaqwa pasti berasa tertindas dengan keadaan ekonomi sekarang yang tak langsung “memihak” kepada Umat Islam, Ramai Umat Islam yang sanggup menggadaikan Iman kerana tekanan ekonomi, Begitu ramai juga yang meninggalkan Islam kerana keadaan ekonomi sekarang ini tidak menepati citarasa atau nafsu mereka, Pada masa kini Ramai Umat Islam yang mengejar kemewahan dunia dan ada banyak yang hidup miskin papa kedana kerana tersepit di celah-celah kerakusan dan ketamakkan manusia mengejar “rezeki” dunia, Sedangkan Konsep Zuhud di dalam Islam secara terang dan jelas sekali dapat menyelesaikan masaalah kewangan dan ekonomi yang di hadapi oleh Umat Islam zaman sekarang, Ekonomi menjadi antara masaalah besar yang menjadi penyebab kejatuhan Islam

Oleh itu kita (Umat Islam) perlu melaksanakan kembali Konsep Ekonomi yang pernah di lakukan oleh Rasullullah SAW dan Para Sahabat RA, Konsep Ekonomi Rasullullah SAW amat relevan dan baik sekali untuk digunakan bagi membangkitkan ekonomi Umat Islam walaupun cara ini telah berlalu 1400 tahun lepas dan dalam keadaan ekonomi Umat Islam sekarang yang terumbang ambing sekarang Konsep Rasullullah SAW adalah pilihan terbaik yang Umat Islam ada untuk meningkatkan ekonomi Umat Islam, Konsep Rasullullah SAW ini menjadi bukti bagaimana Bijaknya dan Pandainya Rasullullah SAW mengatur dan menyusun Ekonomi Umat Islam waktu itu sehingga membawa Kemajuan yang tiada tolok bandingnya sehinggalah zaman sekarang

Sistem Ekonomi cara Rasullullah SAW ialah Gabungan Para Peniaga Islam yang BerIman dan Pengumpulan Dana-dana Kewangan daripada Keseluruhan Umat Islam, Rasullullah SAW bukan sahaja telah berjaya Menyatu Padukan Seluruh Umat Islam waktu itu, Baginda Rasullullah SAW juga telah Berjaya Memguatkan Persaudaraan antara Umat Islam dan Semangat Cintakan Islam sehinggakan Semua Umat Islam Bantu-membantu dan sanggup Berkorban harta benda untuk menjayakan Rancangan Rasullullah SAW (Sistem Ekonomi Rasullullah SAW), Saidina Abdul Rahman Bin Auf RA di jadikan Ketua kepada Angkatan Niaga, Ringkasnya Peristiwa Pembelian salah satu daripada Perigi di Madinah menjadi bukti “Pelan Perniagaan dan Dakwah” Rasullullah SAW yang Amat Berkesan dan Terbaik, Perniagaan juga amat Penting didalam Islam, kekuatan ekonomi Islam akan membantu Dakwah Islam

PAS sekali lagi dapat bertindak sebagai Gabungan Umat Islam Yang Beriman yang akan mengawal dan mengatur sistem Ekonomi Islam ini , Dimana PAS perlu mengumpulkan Peniaga-peniaga Islam yang Beriman yang sedia ada, Gabungan Peniaga-peniaga Yang Beriman perlu di tubuhkan dahulu, Kitab Suci Al Quran menerangkan di dalam Surah An Nuur Ayat 37 (Panduan mengenalpasti Peniaga Yang Beriman) Syarikat-syarikat induk juga perlu di tubuhkan samaada melalui Pengambilalihan Syarikat-syarikat besar, Industri-industri di tubuhkan bagi memantapkan lagi Ekonomi Islam, Petani dan Penternak juga perlu di gabungkan, Dana-dana boleh di perolehi daripada setiap Umat Islam yang Beriman

Umat Islam Yang Beriman perlu di satukan terlebih dahulu, Maklumat-maklumat mengenai Perniagaan yang hendak di jalankan perlu di kumpul, Seorang Ketua Perlu dilantik dahulu bagi menjaga setiap bidang perniagaan, Di sebabkan keadaan zaman sekarang bidang perniagaan telah menjadi seperti bidang “peperangan”, Strategi-strategi perang perlu di terapkan bagi memastikan Sistem Ekonomi Islam ini tidak di ganggu dan di musnahkan oleh Musuh Islam, Oleh itu Sebuah Badan Penyiasat dan Pemantau perlu di tubuhkan bagi menjaga daripada Ancaman Musuh Islam samaada dari luar atau dalam, Badan penyiasat dan pemantau ini juga akan bertanggungjawap mengenalpasti Umat Islam Yang Beriman dan Bertaqwa selain daripada mengawasi dan mengesan sebarang penyalahgunaan kusa dan dana serta pecah amanah

Sistem Ekonomi Islam akan menyatukan Umat Islam Yang Beriman melalui kaedah semasa iaitu mengikut Keteogori dan Keadaan, Para Peniaga Yang Beriman akan di satukan mengikut Keteogori atau Bidang Perniagaan Mereka manakala Para Pekerja pula akan di satukan melalui bidang pekerjaan mereka, Industri di gabungkan dengan Industri, Pembekal di gabungkan dengan Pembekal, Pengedar di gabungkan dengan Pengedar, Penjual di gabungkan dengan Penjual, Perunding di gabungkan dengan Perunding dan Perkhidmatan di gabungkan dengan Perkhidmatan, Umat Islam Yang Beriman yang menjadi Pekerja Di Satukan melalui Bidang Pekerjaan masing-masing contohnya Persatuan Doktor Islam Yang Beriman dan Persatuan Pemandu Lori Islam Yang Beriman

PENGUMPULAN DANA

Pegumpulan Dana merupakan faktor terpenting dalam menjayakan Sistem Ekonomi Islam ini, Dana-dana dalam bentuk Wang Ringgit, Harta Benda , Tenaga dan Minda perlu di kumpul, disusun dan di uruskan dengan baik sebagaimana apa yang telah Rasullullah SAW laksanakan, Pengumpulan Dana-dana akan menjadi lebih mudah apabila Seluruh Umat Islam yang Beriman telah di Satukan, Di mana Umat Islam yang Beriman sudah TAHU Tanggungjawab sebagai Umat Islam iaitu Umat Islam yang Beriman perlu Berkorban harta benda hatta Nyawa sekalipun Kerana ALLAH SWT atau Perjuangan Islam

Dana-dana boleh dikumpulkan melalui Pelaburan-pelaburan yang akan di buat oleh Umat Islam Yang Beriman, Pelaburan yang berdasarkan Kitab Suci Al Quran di dalam Surah Al Baqarah Ayat 245, Surah Al Maidah Ayat 12, Surah Al Hadiid Ayat 11 dan 18, Surah Al Taghaabun Ayat 17 dan Surah Al Muzammil Ayat 20, Keterangan Ayat Suci Al Quran ini menunjukkan Umat Islam Yang Beriman boleh “Meminjamkan” Wang Ringgit termasuklah Saham-saham, Harta-benda seperti Bangunan, Tanah dan Kenderaan sebagai Pelaburan bagi menjayakan Sistem Ekonomi Islam ini,

Sebagai contoh Wang Ringgit yang di laburkan(Di Pinjamkan) didalam Sistem Ekonomi Islam ini dapat di jadikan modal pusingan dan selain dari mewujudkan Bidang Perniagaan Baru dan menambah Cawangan-cawangan, Umat Islam Yang Beriman yang mempunyai Tanah atau harta benda seperti Rumah Kedai yang berpotensi untuk di bangunkan boleh meminjamkan(Melabur) kepada Syarikat yang menjalankan Sistem Ekonomi Islam ini, Para Petani Yang Beriman pula akan menjalankan Sistem Tanaman Berkelompok (Bersatu) menjual hasil tanaman kepada Pengilang Yang Beriman seterusnya kepada Pembekal Yang Beriman dan Pengedar Yang Beriman dan penjual Yang Beriman hinggalah kepada Pengguna

Projek pengswastaan yang di buat oleh bekas Perdana Menteri telah banyak menindas Rakyat Malaysia terutama Umat Islam, Pengswastaan Syarikat Kerajaan seperti TNB, POS Malaysia dan Telekom serta lain-lain lagi telah memberikan kesan yang cukup negetif kepada Rakyat Malaysia terutama Umat Islam, Pada ketika ini bayaran yang terpaksa di buat Rakyat bagi mendapatkan Perkhidmatan Syarikat-syarikat ini cukup tinggi dan semakin naik dan tak pernah turun sedangkan kos hidup Rakyat semakin naik, ini telah menyebabkan Ramai Umat Islam menggadaikan Iman bagi mengaut keuntungan dunia, hasilnya sehingga kini jumlah Umat Islam yang Beriman semakin berkurangan, Musuh-musuh Islam berjaya mengambil peluang daripada kebodohan kebanyakkan pemimpin Islam yang tak Beriman dan tidak amanah in

Sistem Ekonomi Islam cara Rasullullah SAW masih dapat di laksanakan tanpa mengira apa keadaan sekalipun, Di mana di dalam keadaan sistem ekonomi Malaysia ketika ini, Umat Islam yang Beriman yang mempunyai Saham didalam Syarikat-syarikat terbabit bolehlah Meminjamkan iaitu mengumpulkan saham-saham yang mereka miliki di bawah Satu Syarikat (Didalam Sistem Ekonomi Islam), Dengan itu pengambilalihan Syarikat-syarikat kembali di bawah Naugan Islam akan dapat di lakukan dimana Pengarah-pengarah akan di lantik dari kalangan Umat Islam Yang Beriman

Risiko kepada Sistem Ekonomi Islam ialah seperti Pengkhianatan oleh Musuh-musuh Islam terutama Umat Islam yang Fasiq dan Munafik, Bagi menghadapi masaalah ini Semua Umat Islam Yang Beriman terutama yang melabur (meminjamkan) perlu menjadi “mata dan telinga” bagi memberi Amaran kepada badan bertindak atau badan penyiasat iaitu jabatan atau individu yang bertugas mengawal dan memantau Sistem Ekonomi Islam ini

Masaalah yang paling besar untuk menjalankan Sistem Ekonomi Islam ini ialah kurangnya Umat Islam Yang Beriman, Umat Islam yang Beriman sudah semestinya mahu memperjuangkan Islam dan sanggup membelanjakan hartanya Pada Jalan ALLAH SWT sepertimana Keterangan daripada Kitab Suci Al Quran Surah Al Baqarah Ayat 3, Surah Ali-Imraan Ayat 17, Surah Al Israa Ayat 26, Surah Al Furqan Ayat 67, Surah Muhammad Ayat 38 dan Surah Al Hadiid Ayat 7 dan 10, Oleh itu Umat Islam Yang Beriman perlu Bersatu padu dahulu di bawah Arahan Ulama , Beberapa Program dan Kempen Dakwah Islamiah boleh dianjurkan seperti Kempen Membelanjakan Harta Pada jalan ALLAH SWT dan Kempen Sistem Ekonomi Islam ini sendiri, Selain itu Beberapa lagi Kempen untuk Menyatukan Umat Islam Yang Beriman seperti Kempen Kenali Islam Cintai Islam , Kempen Jadilah Umat Islam Yang Beriman dan Kempen Penyatuan Umat Islam Yang Beriman

Perkembangan Dunia Zaman sekarang memerlukan Kita(Umat Islam Yang Beriman) Bersatu Padu dari semua segi bagi Menyelamatkan dan Mempertahankan Islam, Kita (Umat Islam Yang Beriman) perlu Bersatu Tenaga, Minda dan Harta sebagai Satu Umat (Umat Islam Yang Beriman) untuk Berjaya Di Dunia dan Di Akhirat

Hadis Rasullullah SAW yang Bermaksud Daripada 'Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, mana yang selamat"? Nabi saw. menjawab, "Mereka adalah jamaah". (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah).
H.R Ibnu Majah

Hadis ini menjadi bukti pada Zaman ini Umat Islam Yang Beriman hanya akan berjaya jika Bersatu di dalam Satu Jemaah, Sebagaimana yang di ketahui daripada 73 Golongan Umat Islam hanya Satu sahaja yang masuk Syurga sudah semestinya Umat Islam Yang Beriman sedangkan 72 Golongan Umat Islam yang lain terdiri daripada Golongan Umat Islam yang Fasiq dan Munafik

Kitab Suci Al Quran Didalam Surah Al Asr juga telah menyatakan dengan sejelas-jelasnya keadaan Kita(Umat Islam Yang Beriman) kini

Akhir sekali, Saya ingin Meminta Maaf sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan didalam apa yang saya paparkan disini Yang Baik Datang Dari ALLAH SWT dan Yang Buruk datang dari saya sendiri

Wassalam

Amirruddin Bin Ahmad
PT 5489, Jalan BBn 9/2E, Taman Desa Anggerik, 71800, Nilai,
Negeri Sembilan Darulkhusus,
06 8500641 0195481771

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...