Monday, October 17, 2005

Tahniah Tuan Guru

Oleh: "ibni ahmad" ibni_ahmad@yahoo.com

Assalamualaikum

Tahniah di Ucapkan kepada Seluruh Rakyat Negeri Kelantan Darulnaim terutama YAB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat di atas Pengistiharan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam, Yang pertama di Malaysia dan Yang pertama di rantau Asia Tenggara , Negeri Kelantan Darulnaim dan Kota Bharu menjadi contoh Kemajuan Umat Islam yang di Pimpin oleh Ulama yang sebenar berbanding Negeri-negeri lain , walaupun Negeri Kelantan yang di bawah Kerajaan Pembangkang(Parti PAS) dan mendapat tentangan dan halangan yang cukup hebat terutama daripada Kerajaan Umno tetapi Umat Islam yang berIman masih mampu untuk memajukan diri dan Negeri Kelantan ,Berbanding negeri yang di bawah Pemerintahan Umno yang tidak dapat memajukan Islam dan Umat Islam walaupun mendapat sumber kewangan yang cukup banyak daripada cukai-cukai yang membebankan Rakyat sendiri , Nak diharapkan kepada Media supaya mempromosikan Negeri Kelantan semua Media yang ada milik Umno ,malah Media Umno lebih banyak menyebarkanfitnah daripada kebenaran Islam, Kejayaan ini juga merupakan Kejayaan Parti PAS dan kejayaan Umat Islam yang BerIman Keseluruhannya

YAB Tuan Guru Nik Aziz telah membuktikan Ulama lebih baik kerjanya berbanding orang biasa yang lain , Ulama lebih layak untuk menjadi Pemimpin , Ulama adalah contoh Pemimpin mengikut Islam yang sebenar iaitu yang BerIman, Dengan rendah diri YAB Tuan Guru Nik Aziz berjaya membawa Pembangunan dan Kemajuan kepada Negeri dan Rakyat di Negeri Kelantan , Tuan Guru Nik Aziz tidak bercakap sombong dan Takabbur seperti yang sering dikatakan oleh Pemimpin-pemimpin Umno yang jahil dan fasik , Tuan Guru Nik Aziz berjaya mengharungi dan mengatasi berbagai rintangan dan halangan terutama daripada musuh-musuh Islam yang sering memfitnah dan menganggu Tuan Guru Nik Aziz , Negeri Kelantan di fitnah sebagai miskin dan GERHANA tetapi gerhana itu telah memajukan Umat Islam, Umno Kelantan adalah Umno yang terkuat dan pencabar yang terbaik sekali di Malaysia, Umno Kelantan yang di Ketuai oleh Dato Annuar Musa yang terkenal dengan pidatonya sehingga sanggup Mengkhianati Umat Islam di Selatan Thai apabilamenuduh Bantuan Perkim kepada Umat Islam di Selatan Thai di beri kepada Pengganas sehingga terjadi perbalahan antara Kerajaan Thailand dan Malaysia kerana Thailand menuduh Malaysia memberi bantuan dan menyokong Pengganas , Zaid Ibrahim seorang Peguam yang sanggup mencabar Hukum ALLAH SWT didalam Mahkamah Kuala Terangganu dan Dato Mustapha Muhamad seorang pakar menjatuhkan Islam melalui Ekonomi, Malah Tuan Guru di “haram” kan daripada memberi ceramah di Negeri Selangor walaupun Kerajaan Negeri Selangor membenarkan konsert-konsert dan acara Maksiat dan Munkar , Kita semua dapat melihat bagaimana sukarnya Tugas Tuan Guru Nik Aziz untuk memajukan Negeri Kelantan dan Umat Islam , Dengan Berkat dan Rahmat ALLAH SWT maka kejayaan tetap akan ditempuhi oleh Umat Islam yang BerIman

Tuan Guru Nik Aziz menjadi contoh kepada Umat Islam yang BerIman , Tuan Guru Nik Aziz berjaya menjalankan Tanggungjawab dan Tugas dengan begitu baik dan cemerlang sekali , Kesedihan dan halangan-halangan berjaya di harungi dan di atasi dengan baik sekali demi Memajukan Islam dan Rakyat Negeri Kelantan , Kebijaksanaan Tuan Guru Nik Aziz dalam memajukan Umat Islam dan Negeri Kelantan mengikut Al Quran dan Hadis perlu di beri sokongan dan pujian , YAB Tuan Guru Nik Aziz berjaya membuktikan pendapat dan tanggapan “Islam tidak boleh memberi kemajuan dan kesenangan” adalah salah sama sekali , Tuan Guru Nik Aziz telah meyedarkan kebanyakkan Umat Islam tentang Perjuangan Islam , Kejayaan Tuan Guru Nik Aziz patut menjadi contoh kepada setiap Umat Islam walaupun rintangan-rintangan dan fitnah-fitnah yang di lemparkan terhadap Tuan Guru Nik Aziz tetapi Tuan Guru masih dapat bersabar dan mengatasinya, Disebabkan Media-media PAS di sekat dan di halang oleh Musuh-musuh Islam maka Kebenaran initidak dapat disampaikan dengan sempurna

YAB Tuan Guru Nik Aziz telah menunjukkan kepada sekelian Umat Islam terutama Ahli Umno bahawa Islam melalui Al Quran juga boleh memberi kesenangan kepada Umat Islam yang mahu mengamalkannya, Kota Bharu telah di isytiharkan sebagai Bandaraya Islam awal Oktober lepas , walaupun menempuh berbagai rintangan dan halangan terutama halangan daripada Umno Tuan Guru Nik Aziz berjaya memajukan Negeri Kelantan dan menjadikan Kota Bharu sebagai sebuah Bandaraya Islam , Tanpa bantuan daripada Kerajaan Pusat dan Umno Umat Islam tetap mampu untuk Maju, Tanpa Dasar Ekonomi Baru pun Umat Islam dapat berdikari , keadaan Umat Islam di Negeri Kelantan jauh lebih baik berbanding Umat Islam di Negeri-negeri lain yang di Perintah Umno walaupun Umno sentiasa menganggu keharmonian Umat Islam di Kelantan , Kelantan merupakan negeri yang “bebas Tol” di Semenanjung Malaysia , Keharmonian Rakyat Kelantan begitu jelas jika kita melawatnya sendiri , Fitnah dan Tohmahan yang di buat oleh Media-media Umnoternyata meleset sekali jika kita melawat Negeri Kelantan , Kota Bharu jauh meninggalkan Bandaraya Alor Star Kedah dan Bandar Kangar Perlis yang di bawah kuasa Pemimpin Umno , Kejayaan Umat Islam di Negeri Kelantan perlu di contohi oleh Umat Islam di Seluruh Malaysia ,Kemakmuran dan Perpaduan Rakyat Kelantan jelas kelihatan bila kita melawat Negeri Kelantan , Semua Kaum bersama-sama memajukan Kelantan , Kekayaan yang di beri sama rata antara Rakyat Kelantan kecuali beberapa Pemimpin Umno yang hidup mewah , Semua ini adalah hasil daripada mengikut jalan Islam berpandukan Al Quran , Tuan Guru Nik Aziz dan Media-media Pas tidak pernah menyatakan semua ini kerana tidak mahu di anggap Riak dan Takabbur , Inilah contoh yang Tuan Guru mahu tunjukkan kepada Mawi dan Umat Islam yang jahilliyah , Tak Perlu menggadaikan Iman dan Tak perlu menjual Islam kerana kepentingan dunia atau untuk hidup Mewah ,Umat Islam yang berIman tidak akan hidup susah melarat Cuma Umat Islam tidak akan hidup mewahsehingga melampaui batas ,konsep Zuhud sebagaimana di Amalkan Rasullullah SAW menjadi Tauladan dan petunjuk sepanjang masa

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...