Monday, September 05, 2005

PETIKAN SYARAHAN OLEH USTAZ SHAHRIL LONG YANG BERTAJUK “ADA KUASA TETAPI TAK DILAKSANAKAN”

Surah as – Sajadah ayat 4, Allah swt telah berfirman yang maksudnya;

Allah swt yang telah menciptakan langit dan bumi, dan segala apa yang ada diantaranya (termasuk makhluk – mahluk yang lain) dalam tempoh enam hari, kemudian Dia bersemayam di arasy (singgahsana). Tidak ada bagi kamu selain daripada Nya seorang penolong pun dan tidak (pula) seorang pemberi syafaat. Maka apakah kamu tidak perhatikan?

Ayat ini adalah dalil menyatakan alam ini diciptakan oleh Allah swt. Allah menyediakan alam ini sebagai menafaat kepada kita. Tetapi manusia di akhir – akhir ini keingkaran menjadi – jadi, kedurhakaan kepada Allah swt terus meningkat, dan terkadang menjadi perbalahan antara kita kerana berbeza pendapat mengenai bencana alam seperti tsunami, adakah ia bala daripada Allah swt ataupun bencana alam.

Antara dalil yang mengatakan ianya adalah bala dari tuhan ialah ayat dari surah at – Taubah, ayat 51, maksudnya:

Katakanlah: Sekali – kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang – orang yang beriman harus bertawakal.

Untuk membezakan antara orang – orang yang beriman dan tidak, Allah swt menurunkan ayat dari surah An – Nuur ayat 51, maksudnya;

Sesungguhnya jawaban orang – orang mu’min, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan “Kami mendengar, dan kami patuh”. Dan mereka itulah orang – orang yang beruntung.

Satu persoalan timbul, mengapa malapetaka tidak habis – habis menimpa umat manusia? Sebelum menjawab persoalan itu, hendaklah kita faham yang Allah swt tidak penah menzalimi umatnya. Dalilnya ialah dari surah Yunus ayat 44, maksudnya;

Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.

Dalam surah al – Anfal ayat ke 33 pula Allah berfirman, maksudnya;

Dan Allah sekali – kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun

Factor – factor kemusnahan umat manusia

1. Tidak beriman dan bertakwa kepada Allah swt. Dalilnya; surah al – A’raaf ayat 96, maksudnya; Jikalau sekiranya penduduk negeri – negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan (ayat – ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.

2. Kezaliman – Dalilnya dari surah al – Hajj ayat 45, maksudnya; berapalah banyaknya kota yang Kami telah binasakan, yang penduduknya zalim, maka (tembok – tembok) kota itu roboh menutupi atap –atapnya dan (berapa banyak pula) sumur yang telah ditinggalkan dan istana yang tinggi,
Menurut Dr Hamka, kezaliman ini tergolong dari dua jenis, iaitu kezaliman individu sepeti mabuk, zina dan judi. Kezaliman kedua ialah kezaliman pemerintah.

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...