17th September 2005 - 01:38 pagi
Baru lepas menonton CD debat Agama antara Astora Jabat dan Dr Mohd Asri, bertajuk Gerakan Tajdid: Satu Perbincangan. Rumusan yang boleh aku simpulkan ialah Astora Jabat mengupas isu agama mengikut sedap fikirannya sendiri sehingga terkadang melanggar nas - nas serta hukum - hakam yang jelas termaktub dalam al - Quran serta Hadith, beliau juga sering memetik pandangan sesuatu ulama secara "out of content". Tertarik dengan nasihat yang dilontarkan oleh seorang audience, iaitu Dato Dr Haji Ibrahim, Ketua Pengarah Institute Pengajian Ekonomi Malaysia, katanya;
Kita hendaklah menulis pekara - pekara yang mengikut hati budi rakyat Malaysia ini, janganlah dikacau bilaukan dalam negara ini... Tak sesuai tulisan itu dalam runag lingkup negara kita ini... Saya Doktor dalam hal ehwal ekonomi dan tidak berani berhujah dalam pekara ini, tetapi sebagai orang Islam yang tahu hukum serba sedikit , yang mengucap dua kalimah syahadah, saya tidak berani membicara pekara yang menyentuh hukum - hakam, apalagi menyentuh hati budi orang Islam, ini sangat bahaya.(1)
Maka benarlah firasat Baginda Rasulullah saw dalam satu hadithnya yang bermaksud;
dari Ali bin Abi Talib RA, ia berkata; Telah bersabda Rasulullah saw; Sudah hampir tiba suatu zaman, kala itu tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada dari al - quran kecuali hanya tulisannya. Masjid - masjid mereka indah, tetapi kosong dari hidayah. Ulama adalah sejahat - jahat makhluk yang ada di bawah kolong langit. Dari merekalah keluar fitnah, dan kepada mereka fitnah itu akan kembali. (HR al - Baihaqi)(2)
Segala apa yang disabdakan oleh baginda semakin jelas keujudan nya sekarang.
18th September 2005 - 06:37 pagi
Baru lepas sidai baju. Tidur awal malam tadi coz - paginya aku sekeluarga picnic di Taman Tasik Titiwangsa. Ke Sentul dulu beli sarapan (nasi lemak, kuew taw dan kuih - muih) and then ke sana, lepak - lepak dan makan - makan. Izzatul suka hati coz dapat jalan sekitar taman dan main mainan. Semasa di sana aku sempat membaca akhbar Siasah bertarikh 16 - 29 September 2005. Aku tertarik dengan wawancara bersama Mahmoud Zahar, salah seorang pengasas dan pemimpin kanan Kumpulan Hamas, katanya;
Saya tidak percaya dengan istilah "moderat" atau sederhana. Kami sememangnya moderat. Tetapi jika mereka fikir kami akan moderat mengikut acuan barat, atau moderat yang pro - Israel, itu bukan moderat. Itu korupsi(3)
Iltizam Hamas jelas apabila Zahar mengakhiri wawancara itu dengan katanya;
Kami bukan PLO. Kami tidak akan mengulangi (proses) yang gagal.(4)
18th September 2005 - 08:04 malam
Baru berkesempatan mencoret sesuatu, Izzatul dah tidur, penat seharian tak tidur. Esok cadang nak puasan Nisfu Syaaban dan training menjelang bulan Ramadhan nanti. Esok kerja kembali setelah dua hari cuti. Biasalah "Monday Blues".
19th September 2005 - 05:39 pagi
Di awal pagi ini aku teringat kata - kata Sdr Salahuddin Ayub MP, Ketua Pemuda PAS Pusat, katanya;
Studying hard and getting good results is not enough to become good leaders. To be good leaders... understand the needs and plights of the people.(5)
Oleh itu pelajaran sahaja tidak menjamin ujudnya bakat kepimpinan di kalangan mereka. Mereka juga perlu simple enough untuk rakyat bawahan memahami tindakan dan senang dihubungi tanpa kerenah birokrasi. Penulis dan editor Michael Korda pernah menulis, katanya;
Great leaders are almost always great simplifiers, who cut through argument, debate and doubt, to offer solution everybody can understand...(6)
20th September 2005 - 05:07 pagi
Baru terjaga dari tidur, ibu dan Izzatul masih lenyak lagi diulit mimpi. Pagi ni aku ada 2 appointment kerja, satu di LowYat Plaza dan satu di Times Square. Semalam docket banyak la pulak, dah la puasa, hujan lak tu. Berbuka pun dalam kereta je, masa tunggu ibu ambil Izzatul, masuk waktu la pulak, so buka puasa dalam kereta la nampaknya. Nasib baik kat Malaysia time ni buka puasa luar daripada rumah tak kena ambil permit dari polis. Bercerita pasal permit aku teringat kata - kata Mahfuz Omar mengulas isu permit untuk ceramah, katanya;
Apa yang hendak kita tekankan adalah setiap permohonan permit ceramah mesti dilulusklan oleh polis, bukan setiap kali kita memohon, permohonan kita ditolak atas sebab keselamatan.(7)
Aku teringat akan lapuran SUHAKAM bertajuk Inquiry Reports of KESAS Highway, lapuran itu menulis;
...the crowd's behavior was a reaction to earlier police brutality, excessive use of tear gas and the water canon.(8)
End Note
(1) Forum Astora Jabat vs. Dr. Mohammad Asri. Gerakan Tajdid: Satu perbincangan. CD - Rom
(2) an - Nadwi, Abu A al - Banjari. 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman. Jakarta: Media Dakwah, 1998. p 95 - 96
(3) Zahar, Mahmoud. Interview with Kevin Peraino, Newsweek. Kami tidak ulangi proses yang gagal. Siasah 16 - 29 Sept 2005. p 6
(4) ibid
(5) Harakah vol. 1282, 1 - 15 March 2005
(6) Powell, Collin, and, Joseph E. Persico. My American Journey. New York: Ballantine Books, 1995. p 383
(7) Polis patut kawal keselamatan, bukan buat andaian tentang keselamatan. Suara Keadilan 14 - 28 Sept 2005. p2
(8) Bring provocative policemen to justice! Suara Keadilan 14 - 28 Sept 2005. p18, Dan lihat juga, SUHAKAM reports: Provocation of Police/ Injuries to Police Personnel) p47.9
No comments:
Post a Comment