Pekara yang paling hangat-hangat taik ayam yang aku lakukan ialah menulis diari. Awal tahun punya la rajin but pertengahan tawunnn apess... Tahun ni buat tahun depan tak buat. yang aku ingat diari aku tertulis rapi sehingga hujung tahun ialah pada tahun 1995. Masa tu aku tgh asyik bercinta... so segala cerita termaktub di sana. Aku masih simpan diari tu, kendian tahun 2003 diari aku tertulis hingga bulan Mei coz aku nak kawin masa tu, so banyak la benda kena ingat dan rekod. Tahun ni...dah bulan Julai (akhir) baru aku nak tulis diari balik. Ellen Terry (1884-1982) pernah menulis dalam bukunya The Story of My Life, antara katanya "What is a diary as a rule? A document useful to the person who keeps it, dull to the contempory who reads it, invaluable to the student, centuries afterwards, who treasures it!". So aku berazam nak jadikan diari aku pada tahun-tahun mendatang sebagai satu peninggalan sejarah pada anak cucu cicit aku dimasa mendatang.. konon la. Tapi lain pula anggapan J E Powell, seorang polotician British kepada akhbar Sunday Times bertarikh 6 Nov. 1977. Katanya "I do not keep a diary. Never have. To write a diary every day is like returning to one’s own vomit." Sejarah terawal diari ialah commentarijj, yang mana merekodkan book akaun pendapatan rumah, nota ucapan senator-senator dan rekod peperangan Gallic oleh Kaisar di zaman Kerajaan Roman.
Sumber: http://www.danchan.com/weblog/rainman/2004/7
2 comments:
Kadang-kadang aku juga ingin menulis diari, tapi khuatir kalau-kalau ianya terjatuh ke tangan orang lain lalu di bacanya. Kalau yang indah tentu aku bangga tapi kalau yang menyedihkan tentu aku malu. Tapi biarlah segala kenangan aku yang semalam itu tersemat di dalam ingatan aku, kerana bukan setiap hari kita melalui hari-hari yang indah atau hari-hari yang duka. Tapi satu saja yang aku bisa lakukan, paling indah dan paling menarik hingga kini, aku merekodkan setiap SMS telefon bimbit yang aku terima dari yang tersayang dari SMS pertamanya tahun 2001 hinggalah saat ini. Macam novel dah sekarang catatan SMS aku kini.
Emm.. satu cadangan yang elok tu, tetapi bagi diri ku pulak, aku dengan wife aku sekarang, masa bercinta dulu jarang ber SMS, so kurang lah catatan - catatan tersebut
Post a Comment