Tahukah Anda ?
Enjin jet yang pertama dicipta ialah pada tahun 1930 oleh Frank Whittle.
Tahukah anda ?
Pesawat berkuasa turbojet pertama iaitu Heinkel 178 merupakan buatan Negara Jerman. Ia direka oleh Hans von Ohain dan diterbangkan oleh Captain Erich Worsitz pada 27 Ogos 1939.
Sumber: Jet Fighter. London: Wordworth, 1992. p 8
Tahukah Anda ?
President Theodore Roosevelt pernah menjadi pengarang pada umurnya 18 tahun, pakar sejarah dan ahli mesyuarat negeri New York pada umurnya 23, peladang pada umurnya 26, calon Datuk Bandar New York pada umurnya 27, Pesuruhjaya Perkhidmatan Awam Amerika pada umurnya 30, Pesuruhjaya Polis Bandar New York pada umurnya 36, Timbalan Setiausaha Tentera Laut pada umurnya 38, Komander unit 1st US Volunteer Cavalry “Rough Rider” pada umurnya 39, dan Governor New York pada umurnya 40 tahun.
Sumber: Morris, Edmund. Theodore Rex. New York: The Modern Library, 2002. p 6
Tahukah anda ?
Operation Gaff ialah satu operasi sulit pihak berikat untuk menangkap atau membunuh Field Marshall Rommel di markasnya di La Roche Guyon, sebuah villa di pergunungan Seine, Perancis. Pasukan itu di ketuai oleh Captain William Lee dengan lima orang anggota dan digugurkan dengan paying terjun di timur Chartes pada 25 July.
Sumber: Kemp, Anthony. The SAS at War, 1941 – 1945. London: Penguin Books, 1991. p 170 – 171.
Tahukah anda ?
Bekas Setiausaha Negara Amerika, Collin Powell telah mencipta Powell’s Rules for Picking People. Antara hukum tersebut ialah:
1. Intelligent and judgment
2. Capacity to anticipate
3. Loyalty
4. Integrity
5. High energy level
6. Passion
7. Balance ego
8. Drive to get thing done
Sumber: Powell, Collin, and, J. E. Persico. My American Journey. New York: Ballentine Books, 1995. p 343
Tahukah anda ?
Jumlah kematian akibat kemalangan keretapi di Amerika pada tahun 1890 ialah seramai 286 orang, tahun 1900 seramai 249 dan pada tahun 1910 seramai 324 orang.
Sumber: Martin, A. Railroads Triumphant. New York: Oxford UP, 1992. p 104
Tahukah anda ?
Pada tahun 1888, puncak Low’s Peak di Gunung Kinabalu telah berjaya didaki oleh John Whitehead. Beliau merekodkan bahawa Low Peak merupakan puncak yang tertinggi di rantau ini.
Tahukah anda?
Survey Beacon berjaya di pasang di puncak Gunung tahan pada tahun 1906.
Sumber: Briggs, John. Mountain of Malaysia. Selangor: Longman, 1985. p 219
2 comments:
Tahukah anda bahawa saudara rainman adalah seorang yang cukup arif dalam bidang kajian perisikan, peperangan dan ketenteraan malah dalam bidang kajian politik tanah air walhal beliau hanyalah seorang kakitangan awam bukan tentera. Sebabnya yang cukup nyata, beliau rajin membaca dan membuat kajian.. Ajaib..
Saudara ex-UTK terlalu memuji nampaknya... Saya biasa - biasa sahaja. Alhamdullilah
Post a Comment