Thursday, August 04, 2005

Bukan Islam sokong Hudud

Merujuk kepada segment Mail to Editor, The Star Rabu August 3, 2005, muka surat 30, saya tertarik dengan satu surat pembaca akhbar itu kepada siding editornya. Surat bertajuk Catch those fiend soon yang di tulis oleh Dr. N G Baskaran daripada Petaling Jaya. Antara isi surat itu, Dr Baskaran amat berdukacita atas satu kejadian rogol terhadap seorang murid sekolah yang dilapurkan oleh akhbar The Star bertarikh 30 July. Salah satu tulisan beliau yang membuatkan saya tertarik ialah

These are times I tend to believe HUDUD laws and the good old system of castration are the BEST form of punishment to such animals.

Ertinya

Inilah masa nya yang saya fikir HUKUM HUDUD dan system pengkasian cara lama amat sesuai untuk menghukum para penjenayah (rogol) itu.

Bayangkan lah, seorang penulis yang saya rasa bukan beragama Islam, apabila melihat akan gejala rogol yang berleluasa dan mendapati system perundangan yang kita amalkan sekarang tidak berhasil menanganinya, secara terbuka menyokong HUKUM HUDUD ISLAM sebagai cara alternative.

Tetepi amat malang, apabila sebilangan orang yang bukan Islam mula melihat HUKUM HUDUD ini merupakan salah satu cara yang perlu mula kita amalkan, ada pula dikalangan umat Islam sendiri yang memandang remeh serta menghalang ianya dari dilaksanakan.

Perhatikan ayat – ayat ini;

Hukuman rejam kepada penzina adalah primitive – Nilam Puri, Kelantan. Mac 3, 1994

Saya ingin memastikan bahawa negeri – negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan HUKUM HUDUD. – 1994

Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam. – Pasir Mas, Kelantan. August 14, 1994

Apakah HUKUM HUDUD mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam lemah, hukum – hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? – Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan. Mac 3, 1994

HUDUD tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. – sama

Saya cabar Kelantan laksana hukum HUDUD di depan orang bukan Islam. – sama

Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan HUDUD. – Pasir Mas, Kelantan. 14 Ogos 1994

Melaksanakan HUKUM HUDUD sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar – kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secocok dengan ajaran Islam. – sama

Pada pendapat saya, undang – undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang – undang yang ada dikekalkan. – 20 Ogos 1993

Negara akan huru – hara sekiranya undang – undang Islam dilaksanakan. – Utusan Malaysia, 20 April 1993

Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. – 14 Julai 1992

Saya nak tahu siapakah di antara ahli – ahli PAS yang sanggup memotong tangan orang jika HUDUD dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa – bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. HUKUM HUDUD tidak sesuai dilaksanakan di Negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama. – Papar, Sabah. Mei 2, 1992

Kawan – kawan sekelian, merujuk buku MUSTIKA HADIS (1974) terbitan Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri, halaman 255 – 267;
Aqidah sesaorang Muslim boleh rosak dengan sebab tiga pekara;

1. ‘Itikad atau kepercayaan
2. Ucapan
3. Perbuatan

Memetik kata – kata Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan Darul Naim, katanya;

Cara saya beriman dengan hukum HUDUD sama kuat dengan keimanan saya kepada solat, zakat, puasa, dan haji. Orang Mukmin wajib mempercayai dan melaksanakan Islam sepenuh, serentak dengan segala keseluruhannya. Islam datang dengan segala hikmah dan penyelesaian. Ia wajib beroperasi selengkapnya.

Maka saya rasa elok juga kita merenung ayat – ayat di bawah ini sebagai petunjuk kepada saya serta kita semua agar tetap di dalam keredhaaNya jua. Amin.

Barangsiapa yang tidak memutuskan apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang – orang yang kafir. Al – Maidah: 44

Wahai orang – orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasulullah dan juga Ulil Amri (orang – orang yang berkuasa, pemimpin) dari kalangan kamu! Kemudian jika kamu berselisihan dalam sesuatu pekara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Kitab Al-Quran) dan Rasulullah (As-sunnah) jika kamu benar – benar beriman kepada Allah dan hari akhirat! Yang demikian adalah kesudahan yang terbaik. An – Nisa’: 59
Ayat ini telah diulas oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam bukunya HADHARAH ISLAMIYYAH BUKAN ISLAM HADHARI seperti berikut;
Ayat ini menegaskan bahawa hukum tertinggi bagi Negara Islam itu ialah Al – Quran dan As – sunnah (Hadis), dan kepimpinan utamanya ialah di kalangan orang – orang yang beriman, termasuk beriman dengan ketinggian Al – Quran san Sunnah dalam perlembagaan Negara.


Sumber Rujukan

1. Awang, Abdul Hadi. Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari. K Lumpur: Nufair Street, 2005.
2. Nik Mat, Nik Abdul Aziz. Unplugged. Selangor : La Khauf, 2005.
3. Mahathir anti Islam. Dewan Pemuda PAS Pusat, April 2002
4. Catch those fiends soon. The Star. August 3, 2005.

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...