Monday, August 01, 2005

Mount Weather

By
Zaharin Abd. Wahab

Mount Weather merupakan satu-satunya Kompleks khas bagi program kesinambungan kerajaan (Continuity of Government)Lokasinya Terletak 80 km drp Washington DC,di sempadan antara Loudon dan Clarke Counties dan diuruskan olehFederal Emergency Management Agency (FEMA). Menurut majalah TIME, komplek yang berusia hampir 50 tahun inidikelaskan sebagai tidak pernah wujud, dan secara amnya dirujuk sebagai faciliti khas yang ditadbir oleh FEMA.Sejarah Mount Weather bermula apabila Biro Kajicuaca Negara mengambil tapak ini untuk dijadikan pusat pemerhati bagiujian cuaca dan tempat perlepasan belon kajicuaca. Ia dikenali sebagai Mt. Weather Observatory. Semasa Perang DuniaPertama, sebuah lapangsasar artileri ditempatkan di sini. Bekas President Amerika, Calvin Coolidge (1924-1928) pernahmerancang untuk membina White House musim panas di sini. Pada tahun 1958 sehingga 1959, Kor Jurutera Tentera Darattelah menyiapkan kasawan B iaitu kawasan komplek bawah tanah. Komplek bawah tanah itu mengandungi hospital, krematorium, dewan makan, kawasan rekreasi, tempat tidur, takungan air minuman, janakuasa kecemasan dan studio TV danradio. Sementara di kawasan Terowong arah Timur pula, mengandungi komplek komputer yang menjadi tulang belakang keseluruhan kompleks Mt. Weather ini.Program Kesinambungan Kerajaan ini telah membahagikan pegawai tinggi kerajaan kepada tiga ketagori iaitu Alpha, Bravodan Charlie. Alpha merupakan pegawai kerajaan yang tetap kekal di Washington apabila meletus sesuatu krisis, Bravopula merupakan mereka yang akan di pindahkan ke Mount Weather Complexs dan Charlie pula akan dipindahkan ke tempat-tempat lain (1). Apabila meletus krisis peluru berpandu di Cuba, komplek ini telah siap sepenuhnya. Krisis ini telah di filemkan dengan tajuk Thirteen Days lakonan Kevin Costner dan diarahkan oleh Roger Donaldson.Selain itu apabila President Kennedy dibunuh pada tahun 1963, komplek ini segera diaktifkan.Pada 9 November 1965, sekali lagi komplek ini diaktifkan kerana berlaku kejadian gangguan kuasa elektrik yang teruk diAmerika (2).Pada bulan Mach 1976, majalah The Progressive telah menerbitkan satu artikel bertajuk "The Mysterious Mountain" karangan Richard Pollock yang berdasarkan siasatan dan lapuran ahli senat Anerika Syarikat. Pada masa sekarang, MountWeather Complex mengandungi 8 buah fasiliti utama untuk meghadapi sebarang bencana, diantaranya ialah:

1. The Virginia National Processing Center - berfungsi sebagai sistem bantuan kepada mangsa bencana dan menjalankanproses pemulihan di kawasan yang ditimpa bencana.
2. The Disaster Finance Center - Tugas utamanya ialah menguruskan khidmat kewangan berpusat bagi tabung pemulihanbencana milik FEMA
3. The Disaster Information System Clearinghouse - Tempat penyimpanan dan pengitaran semula bagi menguruskan semuasistem maklumat dan komputer serta alat perhubungan yang diperlukanbagi setiap operasi bantuan bencana
4. The Disaster Personnnel Operations Division - Sebahagian drp Pejabat Sumber Manusia yang bertanggungjawab dalampengurusan anggota bagi setiap operasi bencana.
5. The Agency Logistic Center - Pusat utama bagi segala peralatan dan bekalan bagi menjalankan setiap operasi bantuanbencana dan kecemasan.
6. The Confrence and Training Center - menyediakan perkhidmatan latihan kepada setiap ahli pasukan FEMA 7. The Information Technology Service Division - Menyediakan peralatan komputer dan perhubungan kepada pasukanyang terlibat dalam aktiviti bantuan kecemasan
8. The Mount Weather Management Divison- Bahagian yang mengawal selia dan melakukan segala program baikpulih di Mount Weather ComplexDalam insiden 11 September, dilaporkan bahawa sebilangan besar ahli Kongress tertinggi Amerika Syarikat telah dibawabersembunyi di sini.

Bacaan Lanjutan
Hawksley, Humphrey & Simon Holberton. "Dragon Strike - The Millennium War". Sidgwick & Jackson; London, 1997pp 329 - 331. (Bab yang bertajuk "Briefing- How America planned to survive a nuclear strike).

NOTE
(1) Selain drp Mount Weather Complex, stu lagi pusat lindungan yang di kenalpasti ialah di Greenbriar berhampiranWhite Sulphur Springs di Barat Virginia. Greenbriar di khususkan kepada ahli Kongress Amerika Syarikat berlindungketika berlakunya serangan nuklear ke atas Amerika. Ia bertujuan supaya Kongress dapat berfungsi walaupun dalamsituasi darurat dan mengelakkan berlakunya rampasan kuasa oleh pihak tentera.
(2) Bagi tujuan simpanan kecemasan bagi sumber tenaga, pihak Amerika telah membina stu penempatan bawah tanahuntuk menyimpan bekalan petroleum berhampiran Hudsun di New York yang dikendalikan oleh pihak standard Oil

Dipetik dari: http://www.danchan.com/weblog/rainman/86520

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...