The Iranian nuclear facilities must be destroyed, just as we did the Iraqi reactor.Suara – suara yang mahukan kemudahan – kemudahan nuclear milik Iran diserang makin kerap kedengaran. Di antaranya datang dari Negara Israel yang semakin bimbang dengan keupayaan Iran untuk membangunkan senjata nuklearnya. Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon pernah dipetik sebagai berkata, pihak antarabangsa tidak cukup memainkan perana untuk memusnahkan keupayaan nuclear Iran dan memberi amaran bahawa Israel akan mengambil langkah sendiri bagi mempertahankan dirinya. (Target Iran: Air Strike, www.globalsecurity.org) Kenyataan beliau terbukti bukan ancaman kosong, akhbar Sunday Times pada 18 July 2004 melapurkan bahawa pasukan Tentera Udara Israel telah mengadakan latihan serangan ke atas kemudahan nuclear Iran, Bushehr, dan sedia untuk menyerangnya jika pihak Russian membekalkan minyak ke fasiliti tersebut. Ini bukan kali pertama pihak Israel menjalankan operasi pengeboman jarak jauh, antaranya ialah pengeboman loji nuclear Osirak, milik Iraq, pada tahun 1981, operasi serangan ke atas markas PLO di Tunis pada Oktober 1985 dan serangan malam hari ke atas wilayah Entebbe di Uganda. (Ali A Rizvi. (comp.) Israel Threatens to Knock Out Iranian N-Facilities. Asian Defense Journal, February 1995. p 88)
- Ehud Yatom
Persoalannya – Adakah pihak Amerika Syarikat akan turut serta atau tidak dalam operasi ini? Seperti yang sedia maklum, pihak AS kini mempunyai asset yang cukup di sekitar Teluk untuk membantu Israel. Sebagai nota, pihak USAF mempunyai asset – asset mereka di Iraq dan juga Afghanistan. Apabila diajukan soalan ini kepada Penasihat Keselamatan Negara AS ketika itu, Condoleezza Rise, beliau enggan mengulas lebih lanjut. Tetapi sudah menjadi rahsia umum bahawa pemerintah AS akan menurut sahaja kemahuan Israel kerana mereka mempunyai pengaruh yang besar di sana. Hal ini diakui oleh penulis Michael C Pipers, katanya; Bush dan Sharon Mempunyai Polisi Timur Tengah Hampir Sama. (Michael Collins Pipers. Dalang – Dalang (terhormat) Peperangan. K Lumpur: Saba Islamic Media, 2005. p 53)
Secara rambang ada eloknya kita perhatikan kenyataan balas Brig. General Baqer Zolqadr, timbalan Panglima Iranian Revolution Guard, katanya;
“If Israel fires a missile into the Bushehr nuclear power plant, it has to say goodbye forever to its Dimona nuclear facilitiy…”
No comments:
Post a Comment