Saturday, January 29, 2005

Ular Punya Cerita

1.AM
"Information is the best friend of prevention"
- John Ashcroft, Attorney General of United States
Source: Feds Anti-Terrorist Databases, Associated Press April 11,
2002
Ular merupakan sejenis haiwan pemangsa yang amat di geruni, ini kerana
patukan ular amat berbisa dan boleh membawa maut
jika tidak di tangani dengan secepat dan sebaik mungkin. Namun begitu, cuma
satu peratus kematian di catatkan akibat
patukan daripada ular yang berbisa. Merujuk daripada buku TEKNIK IKHTIAR
HIDUP, karya Mejar (B) Mohd.Yusuf Abdullah,
terdapat 37 speisis ular berbisa daripada 141 speisis ular-ular yang
terdapat di Malaysia. Dari jumlah 37 itu, 16 speisis dari
ular darat dan 21 speisis drp keluarga ular air. Walaupun secara amnya
ular-ular speisis ini hanya menyerang jika ianya
terancam, tetapi terdapat speisis ular yang menyerang tanpa apa-apa sebab
seperti bushmaster atau mamba (rujukan: The Survival
Handbook; Peter Darman - Headline Publisher)


2.LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

" To us, deterrence is the best posture to adopt given the strategic
uncertainties in the region and beyond "
- Dato' Seri Najib Tun Razak (Malaysia Minister of Defense)
Source: Asian Defense Journal, June 1995
Ada beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengelakkan serangan
ular, antaranya tips keselamatan British
SAS.

1. Berhati-hati ketika melangkah, ular selalunya menyerang apabila seseorang
memijak badannya secara tidak sengaja
2. Jangan menghampiri,cuba memegang atau bermain-main dengan ular yang kita
temui
3. Jika mengalih batu atau kayu reput, gunakan kayu atau galah dan bukan
menggunakan tangan
4. memakai kasut atau but yang tebal, 78% gigitan ular ialah di bahagian
bawah kaki.
5. Sentiasa memeriksa kawasan perkhemahan, tepat tidur, sleeping bag, kasut,
stokin dan beg untuk mengelakkan ular
bersembunyi di situ
6. Jika terserempak dengan ular, BERTENANG dan berundur perlahan-lahan ke
belakang
7. Jika mahu membunuh ular tersebut, pastikan menggunakan kayu panjang dan
memukul ke arah kepalanya, AWAS, ular
yang cedera lebih merbahaya dari ular-ular normal yang lain, oleh itu
pastikan ular yang dibunuh itu betul-betul mati.

selain itu beberapa lagi langkah yang perlu diambil bagi menangani serangan
ular
1. Periksa kawasan sekitar sebelum anda mengambil sesuatu drp tanah
2. Perhatikan dahan-dahan kayu yang rendah. ular amat menyukai kawasan
tersebut kerana ia boleh mematuk mangsanya
dengan hanya berjuntai di ranting kayu.
3. Sentiasa membawa senjata tajam seperti parang ataupun pisau
4. Bergerak secara berkumpulan kerana ianya dapat membantu jika salah
seorang drp mereka di serang atau di patuk ular
5. Baca apa sahaja maklumat atau panduan mengenai ular. Ia berguna untuk
panduan sekiranya anda berada di kawasan yang
terdapat haiwan ini.
6. Elakkan berenang atau mandi di kawasan air yang keruh.
7. Gunakan belerang untuk menghalau kehadiran ular di tapak perkhemahan
8. Bagi tujuan keselamatan, semua spesis ular hendaklah di anggap berbisa


3. JENIS-JENIS ULAR di MALAYSIA
"............ is like nuclear warfare. There are no winners, only
survivors."
- Frank Gifford, NY Giants halfback
Secara amnya ular-ular berbisa di negara ini bolehlah dikelas kan kepada
empat jenis, iaitu:
1. Ular Tedung
Ia merupakan sejenis ular yang amat berbisa. Sifatnya pula boleh
mengembangkan bahagian kepalanya seperti senduk.Beberapa jenis ular tedung
yang diketahui seperti
a) Tedung Selar (Naja hannah)
b) Tedung Senduk (Naja tripudians)
c) Tedung Abu (Naja bungarus)
d) Tedung tikus
Sifat fizikal ular tedung ini ialah bewarna hitam atau perang
kekuning-kuningan bagi tedung selar. Di antaranya, tedung selar dikenali sebagai
spesis yang
amat agresiff kerana gemar mengejar mangsanya
2. Ular Katam Tebu
Ia juga dikenali sebagai Malayan Pit Viper. Sifat fizikalnya berwarna
belang-belang hitam dan merah, bersaiz 2 hingga 3 kaki. Banyak terdapat di
sekitar
kawasan kebun getah atau kelapa sawit
3. Ular Kapak
Ianya boleh dikenalpasti melalui bentuk kepalanya yang tigasegi. Ular
Kapak selalu ditemui di kawasan tanah pamah ataupun pergunungan. Spesis ini
boleh
menjangkau panjangnya sehingga satu meter, sementara warna badannya agak
pelbagai seperti keseluruhan hijau atau hijau bertompok putih atau
campuran hijau, hitam dan kuning. Juga terdapat di kawasan paya bakau dan
pepohon yang berdahan rendah.
4. Ular laut
Ular spesis ini gemar mendiami kawasan pantai dan juga perairan dalam.
Selalunya spesis ini mempunyai ekor yang pipih bagi memudahkan mereka untuk
berenang.
Ular laut ini di kenali sebagai spesis ular yanf amat berbisa seperti ular
belerang (Pelamis Platurus)


4. TANDA-TANDA PATUKAN ULAR BERBISA

"There is never enough time to do everything that needs to be done, but
there's always enough time to do what is important"
- Brian Tracy

Secara umumnya tanda-tanda patukan ular daripada jenis berbisa adalah seperti berikut:
1. Terdapat dua lubang taring di bahagian hadapan bekas gigitan pada tempat
yang di patuk
2. Mangsa berasa sakit pada bahagian yang dipatuk
3. Terdapat tanda berwarna kebiru-biruan atau kehijauan pada bahagian yang di
patuk
4. Tekak mangsa berasa kering dan loya-loya
5. Penglihatan mangsa menjadi kabur



5. RAWATAN BANTU MULA @ First Aid

" Everything goes wrong every minute. What you do is fix it."
- Lt. General Gus Pagonis, chief of logistic for General H. Norman
Schwarzkoft in Persian Gulf war.
1. Rehatkan mangsa serta tenangkannya, bersihkan kawasan patukan dengan air
2. Peralatan mangsa hendaklah di tanggalkan
3. Picit bahagian patukan hingga darah dan bisa keluar
4. Letakkan bahagian patukan di bawah paras jantungnya. Ini adalah sebagai
langkah untuk menyekat pengaliran bisa ular
5. Sekat pengaliran bisa tersebut dengan mengikat kawasan yang terbabit
dengan kain atau tali, tetapi pastikan tidak menyekat
peredaran darah mangsa. Teknik "Tourniquet" ini hendaklah dilonggarkan
selama kira-kira seminit bagi setiap sepuluh mint
tetapi jangan melebihi lapan jam. JANGAN gunakan cara ini pada mangsa
patukan ular kapak @viper
6. lalukan kawasan terbabit dengan air garam, tetapi jangan sapukan garam
terus ke tempat patukkan
7 JANGAN cuba melukakan dan menyedut kawasan patukan untuk memgeluarkan
bisa, gunakan alatan yang sesuai
8. Usahakan secepat mungkin untuk menghantar mangsa ke hospital yang terdekat


************* BAHAN RUJUKAN *********************

" Red on Yellow, kill a fellow or Red on Black, venom lack"
- J & R Hanson on Guide to Outdoor Sport, Ragged Mountain Press

a) The Survival Handbook by Peter Darman, Headline Book Publishing of London
(1994)
b) Teknik Ikhtiar Hidup by Major (rtd) Mohd. Yusuf Abdullah, Dewan Bahasa &
Pustaka of Kuala Lumpur (1995)
c) Combat Survival by Bah Turus Tentera Darat, MINDEF Kuala Lumpur (1981)
d) Asas Perkhemahan & Ikhtiar Hidup by Khairul Azman Arshad, Penerbitan fajar
Bakti of Shah Alam (1997)
e) Mountains of malaysia - a Practical Guide & Manual by John Briggs, Longman
of Kuala Lumpur (1985)
f) Siri Ikhtiar Hidup Perajurit, Majalah Perajurit
g) Executive Book of Quotations by J. Vitullo-Martin & J. Robert Moskin,
Oxford Univ. Press of N York (1994)

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...