Wednesday, January 26, 2005

Rudolf Abel (1903-1971), Perisik teragung



Rudolf Abel atau nama sebenarnya William Fischer dilahirkan pada 11 Julai 1903 di Newcastle upon Tyne, Britain dan meninggal dunia pada 15 November 1971 di Moscow, Russia.
Kedua ibu bapa nya berketurunan Jerman. Bapa beliau, G.M. Fischer merupakan seorang revolusiner yang amat rapat dengan Lenin. Berhijrah ke Britain pada 1901, dan merupakan setiausaha "cell komunis" di Newcastle.
Pada tahun 1925, Fischer telah serapkan ke pasukan tentera Red Army dalam Batalion Radio. Atas saranan dan cadangan kakak ipar beliau, Fischer menyertai agensi keselamatan OGPU pada tahun 1927.
Tugas pertama Fischer ialah di Norway dari tahun 1931 hingga 1934. Di sana beliau menggunakan nama kod FRANK. Tugasnya ialah untuk menyusun organisasi radio sulit (clansestine) di sekitar eropah. Pada tahun 1935/36 beliau ditugaskan pula di Britain sebagai jururadio dan pentafsir kepada kumpulan Philby.
Fischer telah dibuang daripada pekhidmatan sulit Russia pada bulan Disember 1938, tetapi dipanggil balik untuk mengetuai seksyen komunikasi radio di Sudoplatov's 4th Special Task Directorate". Pada tahun 1946, Fischer dipindahkan ke unit Majlis Maklumat NKVD dibawah pimpinan Alexander Korotkov. Di sana Fischer menjalani latihan khas sebagai persediaan untuk di hantar ke Amerika Syarikat.
Pada 12 Oktober 1948, Fischer diarahkan ke Amerika dgn nama kod ARACH. Pada 16 November 1948 melalui Kanada, Fischer berjaya menyeberangi sempadan ke Amerika dengan menggunakan nama Andrew Kayotis. Tugas pertama nya ialah menyusun kembali rangkaian perisik Russia di AS.Selain itu, ia dikehendaki menjalankan aktiviti sabotaj di Barat dan Timur AS.
Setelah ditahan oleh FBI di AS, Fischer di gunakan sebagai barang tukaran oleh pihak kerajaan AS dengan juruterbang pesawat pengintip AS, Francis Gary Powers yang di tahan di Russia.

Bacaan Lanjutan
1. http://www.timmonet.co.uk/html/body_rudolf_abel.htm

2. http://www.fbi.gov/libref/historic/famcases/abel/abel.htm

Dipetik dari
http://www.danchan.com/weblog/rainman/86547

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...