Oleh Salmiyah HarunKUALA LUMPUR, 7 Jan (Hrkh) – Orang ramai dijemput hadir mengikuti ceramah perdana PAS yang akan diadakan pada 8 Januari (Sabtu) jam sembilan malam di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar.Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang; Pengerusi Tabung Bantuan Tsunami PAS Kedah, Mahfuz Omar, dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub akan turut berceramah dalam majlis itu.
Program ceramah ini bertujuan mengutip sumbangan orang ramai untuk mengisi Tabung Kemanusiaan Tsunami.
Turut sama dijangka berucap dalam ceramah tersebut ialah, Exco Kerajaan Kelantan, Husam Musa dan Ketua Rombongan Kemanusiaan PAS ke Acheh, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. Mereka dijangka akan menceritakan pengalaman misinya ke Acheh pada malam itu.
Sementara itu, orang ramai yang berminat menjadi sukarelawan di Acheh boleh mendaftar nama mereka di kaunter yang akan dibuka pada malam ceramah tersebut.
Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS di seluruh negeri akan menyerahkan sumbangan mereka untuk Tabung Kemanusiaan Tsunami pada malam tersebut

Melihat iklan / makluman di atas, hati aku teringin juga untuk ke sana. Maklum lah selepas tamat demam pemilu 2004 aku pun semakin kurang ke sana. Tetapi melihat akan tarikh nya aku terpaksa menghalang niatku kerana pada siang nya aku baru sahaja berpindah ke rumah sewa baru. Masih banyak yang perlu ku lakukan. Aku juga berminat menjadi sukarelawan untuk dihantar ke Acheh, tetapi apakan daya, tenaga sukarelaku masih diperlukan di sini, di rumah baruku (sewa). Ianya juga tunggang - langang macam dilanda tsunami juga. Satu pertanyaan yang masih bersarang di otak ku: kalau nak ke Acheh untuk membantu, masih perlu pakai passport antarabangsa ke? sebab aku enggak punya.
No comments:
Post a Comment