Menurut AP Asia yang dipetik oleh yahoo.news, korban Tsunami Asia telah meningkat ke angka 160,000 dengan Indonesia sahaja mencatatkan 20,000 lagi korban terbaru di sekitar kawasan Acheh. Korban terkini di Indonesia ialah 113,306 dan lebih 10,000 orang dilapokan hilang di Daerah Acheh. Sementara itu Setiausaha PBB, Kofi Annan dilaporkan dipetik sebagai berkata "The disaster was so brutal, so quick, and so far-reaching, that we are still struggling to comprehend it,". Chigagotribute.com pula melaporkan seramai 36 orang rakyat Amerika disahkan terkorban dalam bencana itu. Sumber Jabatan Negara Amerika mengesahkan jumlah itu berbanding 16 orang yang dilaporkan sebelum ini. Australian pula berjaya mengumpul hampir 92 juta USD bagi tabung bantuan tsunami. Sementara pihak kerajaan nya pula berjanji untuk menyumbang 1 billion dollars bagi negara Indonesia. Separuh dari jumlah itu akan diserahkan dalam tempoh lima tahun mendatang dan setengahnya pula dalam bentuk pinjaman jangka panjang tanpa interest.
No comments:
Post a Comment