Contoh sikap toleransi antara agama para petadbir muslim
Tolerance of other races had brought many talented Greek, Jew and Gentile into Sultan’s (Ottoman Empire) service – a Hungarian was Mehmet’s chief guncaster in the Siege of Constantinople. Under a successful leader like Sulaiman I, a strong bureaucracy supervised fourteen million subjects – this at a time when Spain had five million and England a mare two and a half million inhabitants. Constantinople in its heyday was bigger than any European city, possessing over 500,000 inhabitants in 1600.[1]
Contoh ini juga dapat dilihat pada diri seorang panglima perang Islam yang terbilang, Salahuddin al – Ayubbi. Tercatat di dalam sejarah, apabila pihak muslim berjaya mengepung kota Baitul Maqdis, walaupun beliau berupaya meranapkan pertahanan kaum kristian di sana, tetapi beliau telah memilih jalan perdamaian, di mana beliau bersetuju membenarkan kaum kristian itu meninggalkan kota tersebut dengan aman. [2]
Sejarah juga mengatakan takkala melihat tentera kristian ada yang terpaksa mengusung bapa – bapa mereka yang uzur keluar daripada kota tersebut membuatkan hari Salahuddin tersentuh dan memerintahkan oarng – orangnya memberi binatang tunggangan dan sejumlah harta bagi kegunaan tentera kristian tersebut.[3]
Walaupun mengikut perjanjian, mereka yang diberi peluang meninggalkan kota Baitul Maqdis itu dengan bayaran wang tebusan yang tertentu termasuk 7,000 orang kristian yang miskin, tetapi ada juga mereka yang dibenarkan pergi begitu sahaja tanpa bayaran oleh Salahuddin, malah mereka juga dibenarkan membawa apa sahaja termasuk harta dan perhiasan yang mereka miliki tanpa gangguan. Salahuddin sendiri membebaskan 10,000 orang fakir dan miskin kristian tanpa sebarang bayaran.[4]
Dalil Al – Quran mengenai tolerasi beragama
Firman Allah swt dalam surah al – Baqarah ayat 256, maksudnya;
Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.[5]
Allah swt juga berfirman dalam surah al – Ghasiah ayat 21 – 22, maksudnya;
Maka ingatlah, sesungguhnya engkau seorang pemberi nasihat. Bukanlah engkau pemaksa ke atas mereka. [6]
Dalil Al – Quran mengenai tiada larangan berkawan dengan bukan Islam
Firman Allah swt dalam surah Al – Mumtahanah ayat 8, maksudnya;
Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.[7]
Dalil yang mengatakan Islam ini agama yang tiada paksaan pada agama lain
Firman Allah swt dalam surah al – Mukminun ayat 62, maksudnya;
Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.[8]
Allah swt befirman lagi dalam surah Al – Kaafiruun ayat 1 – 6, maksudnya;
Katakanlah: "Hai orang-orang yang kafir,
aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.
Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku".[9]
Dalil Al – Quran mengenai cara berdebat (penerangan) kepada yang bukan Islam
Firman Allah swt dalam surah al – Angkabuut ayat 46, maksudnya;
Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka[10], dan katakanlah: "Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan kami hanya kepada-Nya berserah diri".[11]
End Note
[1] Kennedy, Paul. The Rise and fall of the Great Powers. London: Fontana Press. Page 13
[2] Shalaby, Dr. Ahmad. Perang Salib. Singapura: Pustaka Nasional, 1983. p 43
[3] Ulwan, Abdullah Nasih. Pejuang Pembaharuan: Salahuddin Al – Ayubbi. K Lumpur: Darul Nu’man, 1999. p 62
[4] Ibid
[5] Carian melalui Al – Quran terbitan Kedutaan Arab Saudi, N A Baiquni, dan rakan – rakan. Indeks Al – Quran Surabaya, Indonesia: Penerbitan Arkola, 1996, dan Indeks Al – Quran, susunan Abu Farhan
[6] Shalaby, Dr. Ahmad. Agama Islam. Singapura: Pustaka Nasional, 1968. p 168
[7] Carian melalui Al – Quran terbitan Kedutaan Arab Saudi, N A Baiquni, dan rakan – rakan. Indeks Al – Quran Surabaya, Indonesia: Penerbitan Arkola, 1996, dan Indeks Al – Quran, susunan Abu Farhan
[8] Ibid
[9] Ibid
[10] Yang dimaksudkan dengan ORANG YANG ZALIM ialah: orang – orang yang setelah diberikan kepadanya keterangan – keterangan dan penjelasan – pejelasan dengan cara yang paling baik, mereka tetap membantah dan membangkang dan tetap menyatakan pemusuhan. Sumber: Al – Quran terbitan Kedutaan Arab Saudi di K Lumpur.
[11] Carian melalui Al – Quran terbitan Kedutaan Arab Saudi, N A Baiquni, dan rakan – rakan. Indeks Al – Quran Surabaya, Indonesia: Penerbitan Arkola, 1996, dan Indeks Al – Quran, susunan Abu Farhan
No comments:
Post a Comment