KUALA LUMPUR 3 Julai — Kementerian Dalam Negeri bercadang menjadikan Rela sebagai sebuah jabatan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Proses bagi tujuan itu sedang dijalankan dan apabila lengkap ia akan diserahkan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung ketika menjawab soalan Ding Kuong Hiing (BN-Sarikei) yang ingin tahu sama ada Rela akan dijadikan sebuah jabatan memandangkan tanggungjawabnya semakin bertambah.
Chor bagaimanapun berkata kerajaan tidak bercadang untuk menambah kadar elaun anggota Rela yang menjalankan Operasi Tegas untuk menahan pendatang asing tanpa izin kerana kadar baru sudah diluluskan Mac tahun lepas. - Bernama
sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0703&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm
Joint Ops antara Polis dan tenter, RELA nak upgrade jadi jabatan mcm PDRM emmm.....