Monday, February 11, 2008

PENGORBANAN BESAR MALAYSIA KEPADA SINGAPURA

PERJANJIAN AIR 1961 DAN 1962
1. Mengikut perjanjian ini, Malaysia perlu membekalkan air mentah kepada Singapura secara berterusan sebanyak 250 juta gelen (250,000,000) sehari pada harga jualan 3sen (RM0.03) bagi setiap 1,000 gelen.
2. Malaysia pula perlu membeli air yang telah diproses oleh Singapura dengan kadar 50sen (RM0.50) bagi setiap 1,000 gelen
3. Loji pemprosesan air ini terletak di Gunung Pulai, Skudai, Tebrau dan Kota Tinggi dalam Negeri Johor tetapi diuruskan oleh Public Utilities Board (PUB) milik Singapura
Perjanjian Air 1961 akan tamat hanya pada tahun 2011 dan Perjanjian Air 1962 pada tahun 2061
4. Singapura membuat untung besar dengan penjualan air Malaysia kepada kapal – kapal yang berlabuh di perlabuhan Singapura.

PERJANJIAN AIR 1990
1. Perjanjian ini menyebabkan Malaysia perlu mengorbankan hutan simpan seluas 21,600 hektar (53,374 ekar) di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Mersing untuk dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang dikenali sebagai EMPANGAN LINGGIU.
2. Lokasi strategik pertahanan kerana koordinat sifar berada di lokasi tersebut
Perjanjian ini hanya akan tamat pada tahun 2061

ISU TANAH REZAB KTM DI SINGAPURA
1. Point of Agreement 1990 menetapkan bahawa pihak KTM terpaksa mengosongkan Stesen Keretapi Tanjung Pagar dan berpindah ke Bukit Timah.
2. Tanah rezab landasan KTM sepanjang laluan dari Bukit Timah ke Tanjung Pagar perlu diserahkan kepada pihak Singapura.
3. Tanah KTM di Tanjung Pagar seluas 12 hektar (29.65 ekar) akan diserahan kepada sebuah syarikat usahasama yang ekuitinya 60% Malaysia dan 40% Singapura
4. Luas asal tanah rezab KTM termasuk laluan keretapi dan stesen di Tanjung Pagar adalah 200 hektar 494 ekar (mengikut Singapore Railway Transfer Ordinance 1918) dengan tempoh pajakan selama 999 tahun

PENUTUPAN PENGKALAN TLDM DI WOODLANDS
1. Pengkalan TLDM di Woodlands terpaksa ditutup setelah 45 tahun beroperasi kerana pihak Singapura tidak berhasrat untuk menyambung tempoh pajakan yang berakhir pada awal 1998.
2. Sebagai ganti, Malaysia terpaksa membelanjakan kos sebanyak RM195,000,000 untuk membina Pusat Latihan Rekrut TLDM (PULAREK) di Kota Tinggi Johor.

PULAU BATU PUTIH
1. Isu tuntutan bertindih terhadap Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura telah dirujuk kepada International Court of Justice pada 1994.
2. Pihak Singapura telah mentadbir pulau tersebut dengan kawalan pihak tentera mereka sejak tahun 1850
3. Walupun keputusan belum diumumkan oleh ICJ (sehingga artikel ini ditulis), pihak Singapura melarang sebarang aktiviti dilakukan di kawasan pulau tersebut oleh pihak Malaysia seperti aktiviti nelayan dsb.

ISU CENTRAL PROVIDENT FUND (CPF)
1. Isu CPF warga Malaysia yang bekerja di Singapura juga masih belum selesai.
2. Hanya warga Malaysia yang berasal dari Sabah dan Sarawak sahaja yang boleh mengeluarkan wang CPF mereka sementara yang berasal dari semenanjung tidak dibenarkan mengeluarkan wang tersebut walaupun telah berhenti bekerja di Singapura.
3. Mereka hanya dibenarkan berbuat demikian setelah berumur 55 tahun.


ISU PULAU PISANG
1. Pulau Pisang yang terletak di Selat Melaka dan merupakan hak milik Malaysia.
2. Singapura semenjak dahulu lagi menjaga operasi rumah api di situ dengan kawalan pihak tentera mereka tanpa melalui pemeriksaan kastam dan imigresen Malaysia.

ISU PENAMBAKAN LAUT
1. Tindakkan Singapura menambak laut di persekitaran Pulau Tekong mendatangkan kesan negetif dan kerugian kepada Malaysia.
2. Ianya menyempitkan Selat Tebrau dan mengganggu aliran Selat Tebrau.
3. Hakisan mulu berlaku akibat kederasan arus di selat tersebut, dan ianya juga mengganggu ekologi kehidupan laut yang akhirnya menjejaskan hasil tangkapan nelayan.

ISU PENCEROBOHAN JET SINGAPURA DI RUANG UDARA JOHOR
1. Perjanjian penggunaan ruang angkasa Malaysia telah dibatalkan pada September 18, 1998, tetapi jet pejuang RSAF masih lagi menceroboh ruang udara Malaysia terutama ruang angkasa Johor
2. Dalam tahun 2002 sahaja, sebanyak 5 insiden sedemikian berlaku tanpa ada permohonan maaf secara rasmi dari pihak Singapura.

ISU JAMBATAN BENGKOK
1. PM Malaysia sekarang, YAB Dato Abdullah Ahmad Badawi, atas tekanan pihak Singapura telah membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok walaupun telah dipersetujui semasa Tun Dr. Mahathir Mohd menjadi PM Malaysia.
2. Akibat dari pembatalan itu, kerajaan terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM257.4 juta kepada Syarikat Gerbang Perdana Selatan Bersepadu (GPSB)


Sumber: Wilayah Pembangunan Iskandar: Antara Impian & Realiti, Pusat Informasi PAS Johor. Hal. 26 -29

3 comments:

Anonymous said...

Cari punya cari, kat sini rupanya, dah bertukar rupa blog ni.. Tahniah sebab masih aktif blogging.

Takder topik PRU 2008 ke ?

Ke sibuk lagi buat analisis kempen pilihanraya tempoh hari.

Tahniah lagi sebab lead UPMHK.

Anonymous said...

tgh bz keje la brooo, di maluri lak ni... PRU12, kemanisan dlm perjuangan yg tak mungkin terpadam dlm lipatan sejarah

reincarnator said...

Ada perbezaan mengenai air mentah dan air yg dirawat. Kos air rawatan adalah kira2 SGD5~ RM10. Dan Malaysia hanya membeli dgn harga 50 sen shj. Bukan kah itu satu keuntungan yg tak akan diperolehi dr mane2 perniagaan pun? Mane kan tidak.. kos 50 sen itu ditanggung oleh rakyat. Malahan harga yg dijual kepada rakyat Malaysia jauh lebih mahal.
Pembinaan Empangan Linggiu
Ia adalah hak mutlak Malaysia. Hanya air yg diurus oleh pihak Singapura. Kawasan Empangan tersebut adalah di dalam pemantauan pihak tentera. Air yg disalirkan adalah melalui sungai, bukan paip. Maka dgn itu.. air tersebut diguna pakai oleh SAJ dan Singapura. Tujuan pembinaan empangan adalah utk bekalan air dan tujuan mengawal banjir. Jika tiada empangan tersebut, pd peristiwa banjir besar tempohari (thn 2000)Kota Tinggi akan menjadi Atlantis.

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...