Thursday, November 22, 2007

Skandal Heli Mi 171 PDRM


Secara keseluruhannya, terdapat beberapa kelemahan dalam perolehan helikopter Mi-171 ini. Kedua-dua helikopter Mi-171 yang dibeli dengan harga RM117.75 juta tidak dapat digunakan oleh Unit Udara PDRM kerana ia tidak dapat didaftarkan sebagai pesawat awam oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia memandangkan helikopter tersebut tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan [1]. Kedua-dua helikopter berkenaan kemudiannya telah diserahkan untuk kegunaan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Penyerahan helikopter kepada Jabatan ini telah memberikan implikasi yang berikut :-


a. PDRM tidak dapat menjalankan tugas mencari dan menyelamat kerana helikopter yang sedia ada tidak mempunyai keupayaan untuk menjalankan fungsi ini dengan berkesan. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan telah meluluskan peruntukan pembangunan berjumlah RM272 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk membeli 8 helikopter pelbagai saiz.


b. Kerajaan telah membelanjakan RM4.37 juta untuk melatih anggota Unit Udara Bomba Dan Penyelamat bagi mengendalikan helikopter Mi-171 sedangkan sebelum itu telah membelanjakan RM15.37 juta untuk melatih anggota Unit Udara PDRM bagi tujuan yang sama. Sejumlah RM4.37 juta tersebut dapat dijimatkan sekiranya anggota Unit Udara Bomba Dan Penyelamat diberi latihan oleh anggota Unit Udara PDRM.


c. Peralatan sokongan helikopter Mi-171 bernilai RM13.72 juta tidak diserahkan kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Lanjutan daripada ini, Jabatan terpaksa membelanjakan RM28,500 bagi setiap satu flight helmet untuk kegunaanjuruterbang dan krew pesawat daripada Syarikat Makmur Semenanjung Sdn. Bhd. sungguhpun helmet berkenaan telah dibekalkan semasa perolehan helikopter[2]


TERHAD

Mi-171 dengan harga RM19,000 bagi setiap satu. Ini menunjukkan Kerajaan perlu menanggung lebihan perbelanjaan berjumlah RM0.29 juta untuk membeli 30 flighthelmet. Manakala ketiadaan Leo II-A3 Forward Looking Infra Red telah menghadkankeupayaan Unit Udara Bomba Dan Penyelamat untuk beroperasi pada paras optimum. Unit ini terpaksa melaksanakan operasi/latihan biasa tanpa menggunakan teknologi terkini yang canggih. [3]


Sumber:
http://cuitsikit.blogspot.com/2007/09/audit-yang-tidak-dilapor-oleh-nst-dan.html

Laporan Audit Agensi Keselamatan: senjata kelas pertama – minda di takuk lama.Tempur. Nov 2007, halama 13 – 15

www.kazanhelicopters.com/index.php - spesifikasi heli Mi – 171


Nota kaki
[1] Unit Udara PDRM ditubuhkan pada 1979 sebagai satu organisasi penerbangan awam. Pemilihan pesawat helicopter Mi – 171 buatan Russian (Kazan Helicopter Plant JSC) tidak dapat diluluskan piawaian nya oleh International Civil Aviation Org kerana ianya bukan pesawat awam dan ianya telah dimaklumkan kepada PDRM oleh DCA pada tahun 2000)
[2] Helmet asal masih disimpan oleh pihak PDRM
[3] Asset FLIR tersebut masih disimpan oleh PDRM walaupun heli tersebut telah diserahkan kpd Jab Bomba, walaupun asset itu tidak digunakan oleh pesawat2 lain dlm inventory PDRM

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...