Wednesday, August 24, 2005

Konflik Singapura & Malaysia – Satu Kajian

-------------------------------------------------------------------
The critical difference in defense is that you do not have a second change …. you make a mistake , somebody invades your country , you don’t give the right response , that’s the end.
- Tony Tan , Singapore Minister of Defense 1996
-------------------------------------------------------------------

Konflik antara Negara Singapura dan Malaysia telah berlaku dari sejak pemisahan Singapura daripada Persekutuan Tanah Melayu.

Antara isu-isu percanggahan dua negara terbabit yang akan membawa kepada konflik ialah masalah perbekalan air dari Johor ke Singapura , hak pemilikan Pulau Batu Putih , masalah pencerobohan runag udara oleh Tentera Udara Singapura , masalah Pulau Pisang di Selat Melaka, isu tanah KTM dan beberapa isu lagi yang masih belum dapat di selesaikan di meja rundingan - Tempur , Nov 2002 Vol 1 ms 2.

Dalam bukunya yang bertajuk Defending the Lion City , Tim Huxley meramalkan pasukan tentera Singapura mampu menawan sebahagian negara Malaysia dalam tempoh satu hari saja - The Malay Mail , Jan 4 2003.

Menurutnya lagi semenjak 1980an imbangan kekuatan tentera kedua buah negara itu lebih memihak kepada Singapura , tambah beliau lagi strategi utama pihak Singapura ialah melancarkan serangan pendahulu atau pre-emptive strike keatas Malaysia . Kunci utama kekuatan pihak Singapura , tambah beliau terletak pada pasukan Armor dan Udara Tentera Singapura - The Malay Mail , Jan 4 2003

Menurut bekas Menteri Pertahan Malaysia , Dato’ Syed Hamid Albar , pada bulan April hingga Mei 1996 sahaja hampir enam insiden pencerobohan jet – jet pejuang Singapura di ruang angkasa Johor. - Utusan Malaysia , Julai 1996 ; Pencerobohan Jet Asing oleh Zaid Zain ( Wartawan Utusan)

Berikutan dengan pencerobohan itu beberapa insiden kemalangan pesawat tentera Singapura di Malaysia turut di lapurkan, antaranya pada 2 Februari 1992 sebuah pesawat latihan RSAF jenis Marchetti 211 jatuh di perairan Selat Johor berhampiran Tanjung Adang , begitu juga pada 2 September 1991 sebuah pesawat pejuang RSAF jenis Northrop F5 E terhempas di tapak projek padang golf di Pasir Gudang, - Utusan Malaysia , Julai 1996.

Antara penyumbang utama dalam permodenan angkatan tentera Singapura ialah Israel , menurut lapuran Jane’s Defense Weekly 5 July 2000 , pihak Singapura , Israel dan Amarika Syarikat bersetuju membina Satelit perisikan bernilai $USD 1 billion untuk kegunaan Singapura.

Jane’s Defense Weekly bertarikh 9 Oktober 97 pula melapurkan pihak Singapura dan Sweden bersetuju membiayai kos penyelidikan peperangan dasar laut bersama ( kapal selam ).

sumber: http://www.danchan.com/weblog/rainman/114412
Singapore Army - Vehicle database

No comments:

Mark Pissone of Cassaholm Confidential FC Diary (Part 5)

 October 22, 2013 - The Goalless Tango, Oldkamps Outlaw Standoff, and Dr. Cassa's Cryptic Satisfaction! Dear Diary, In the ever-unpredic...